Wednesday, September 16, 2009

Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Assalamualaikum wbt

Kami sekeluarga Dina,Azraf dan Ammar mengucapkan
Selamat menyambut bulan Syawal dan memohon ampun dan maaf sekiranya
ada silap dan salah. Semoga perjalanan pulang ke kampung selamat sampai begitu juga dengan kalian semua. Minta dijauhkan segala penyakit berjangkit sepanjang ziarah menziarahi sanak saudara. SELAMAT HARI RAYA!

Thursday, August 13, 2009

H1N1 APA Yang PErlu KITA Tahu

[h1n1.htm]

Apa itu H1N1?

viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

Jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.

Virologi virus H1N1 incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.

Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi.

Siapa yang berisiko

1.orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemok

2. perempuan yg mengandung

3 .orang yg ada astmatic

4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas

Simptom2

day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya

day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)

day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

day 4 - sakit dada yg teruk....... .jumpa doktor dengan segera..... .

day 5 and above lung collapse @ koma

Langkah2 kawalan

1 - golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2 - menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 - elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 - jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 - jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)

6 - utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.

7 - jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 - jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

9 - tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!! !!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10 - vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11 - utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 - tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini.

Sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.Amin.

Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m'siadi Pan Pasific Klia pada 01.08.2009.

Tuesday, August 4, 2009

Hatiku sayuu....

Tgh wat keje, ammar pulak baring2
tak lama lepastu....dah tidur...
sayuu jee aku rasa... ammar tidur sendiri..
maybe dier tau mak nye bz sikit...



Wednesday, July 1, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in CAR SEAT Contest

First time ammar guna car seat

Nama penuh saya Ammar Aqlan bin Azraf. Saya lahir pada 19 Jun 2008 .
Umur saya sudah satu tahun!! yeay!
Saya suka naik kereta! Sangat-sangat suka!
Kalau balik kampung ke Kedah lagi saya suka, sebab boleh duduk dalam kereta lama-lama.
Tapi, semenjak mak belikan saya car seat..tak sukanya saya...tak suka! tak suka! tak suka!
Dah tak boleh tekan-tekan button radio dan baling-baling cd lagi. owh..bukan cloth diapers ye...tapi cd lagu..hihihihi

first time saya duduk dalam car seat, umur saya 5 bulan.
saya boleh tahan selama 1 jam! yeay!
Mak kata saya budak baik!
tapi, mak pulak yang mabuk dan pening-pening duduk kat belakang..
Yeay! ada peluang untuk baling cd lagi!!


Hi! Saya Dina, mak Ammar yg sedar tentang kepentingan car seat, dan berjaya membeli car seat walaupun agak lewat. TETAPI, malangnye....boleh dikira dgn jari je berapa kali Ammar duduk dlm car seat..huhu
sbbnya bila travel jauh sikit, saya dah mula mabuk dan pening.. dah cuba juga beberapa kali duduk kat belakang..huhuuhu....last2 duduk depan dengan Ammar

Bila terbaca contest di Mombloggersplanet
sempena kempen "baby car seat'
saya terpanggil untuk menyertai peraduan ni dan untuk mengingatkan kepada diri sendiri kepentingan baby car seat

mungkin video ni boleh mengingatkan saya dan semua ibu tentang kepentingan penggunaan kerusi keselamatan bayi


dan isunya, adakah cara kita memasang car seat itu dengan betul? dengan siapakah kita perlu rujuk untuk memastikan pemasangannya adalah betul?


dan isu ke 2, Bagaimana kita nak tahu car seat tersebut adalah memenuhi piawaian? Saya masih lagi ragu-ragu hal ni, ada pelbagai brand dan harga yg di jual di MAlaysia. Selamatkah digunakan?
Untuk imported brand seperti Maxi-cosi dan Graco, harganya mencecah ribuan ringgit!

Saya harap melalui kempen dan memasuki peraduan ini, saya mengingatkan diri saya semula!

" AMMAR MESTI DUDUK DALAM CAR SEAT!!"
tak kira jauh ataupun dekat perjalanan kami...



Peraduan ini dibawakan oleh:
PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my

Tuesday, June 30, 2009

AWARD baru

Wahh...dapat award daripada Alyn yg aku kena time buat Manjakuhappy Giveaway
Peraturan nye ialah:

* Kena letak award ni di blog
* Bagi award ni kepada 10 blogger yang rapat dengan anda atau yang anda suka/minat atau yang anda senangi dan memberi inspirasi kepada anda (ada ke kwn2 aku yg sudi nk amek dr aku nih)
* Memberitahu penerima award ni dengan memberikan komen di blog mereka
* dan sesiapa yg dah amek award ni....sila tinggalkan komen anda di entry ini.....timaseh

Aku bagi award ni kepada
1. Sal-sutera biru
2. Cwa
3. Surina
4. Ummu_umar
5. Jama-kalau ko baca blog aku ni ye
6. Pemenang pertama giveaway manjakuhappy
7. Pemenang kedua manjakuhappy giveaway
8. Aku bagi award yg sama pada tuan punya alyn..kekeke
9. Nurul UKM-eh ko dah ada blog kan..leh la kasik ni
10. Seriyess la otak tepu dah...sapa2 boleh ambik award ni okey

nanti aku masukkan kat blog korang inform yeahh

Sunday, June 28, 2009

Sunah Tahnik



Di sini aku kongsikan artikel mengenai tahnik. Selepas menGoogle, akhirnya aku jumpa satu artikel drpd blog http://albaruhiyy.wordpress.com/2008/10/25/sunah-tahnik/
dan quote kat sini. Banyak maklumat yg aku perolehi drpd artikel ni. Ia ringkas dan bagus. Dan juga aku kongsikan Gambar Ammar semasa tahnik.

Anak adalah anugerah Allah s.w.t. yang berharga di dunia ini. Ramai kalangan pasangan yang berkahwin menanti saat berbahagia seperti ini iaitu saat kehamilan isteri dan kelahiran anaknya. Apabila si anak telah lahir, Islam menggariskan pelbagai perkara sunnah yang mana ibu bapa dituntut melakukannya. Selain daripada melakukan ibadat akikah, mencukur rambut bayi kemudian bersedekah mengeluarkan emas atau nilainya dengan kadar

timbangan rambut tersebut, azan di telinga bayi, memberi nama yang baik, terdapat satu amalan yang juga disunatkan yang ingin saya kongsi bersama dalam ruangan kali ini. Amalan tersebut ialah amalan tahnik. Apakah dia tahnik? Mungkin jarang orang mengetahui maksud tahnik dan bagaimana hendak melakukan tahnik.

Dalam istilah orang kampung negeri kelahiran saya, biasanya dipanggil amalan “belah mulut”. Apa pun namanya, ia merupakan satu perkara yang sangat dituntut. Tahnik dari segi bahasa ialah lelangit di dalam mulut.(al-Marbawi, Kamus Idirs al-Marbawi : 153). Pakar bahasa menyebut maksud amalan tahnik ialah dikunyah akan buah tamar atau

seumpamanya lantas digosok tamar tersebut pada lelangit mulut bayi. (al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 1/462). Ia merupakan sunnah nabi yang perlu dilakukan oleh seseorang terhadap bayinya. Para ulama bersepakat mengatakan tahnik sunat dilakukan. Barangsiapa yang melakukannya, maka baginya pahala, sebaliknya barangsiapa yang tidak melakukannya, ia tidak berdosa. Ia seperti juga hukum akikah, ia adalah sunah bukan wajib.

Tahnik afdal dilakukan dengan buah tamar. Jika tiada tamar, boleh gunakah rutob (tamar muda). Jika tiada juga, boleh gunakan sesuatu makanan yang manis tetapi madu yang manis lebih awla daripada makanan lain. Dan jangan menggunakan makanan yang telah dimasak. Seeloknya, dibukakan sedikit mulut bayi supaya ia boleh menelan buah tamar tersebut. Tujuan tahnik mengikut ulama adalah melatih bayi untuk makan dan menguatkannya. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 15/390).


Anas bin Malik menceritakan, aku telah membawa Abdullah bin Abi Talhah ketika beliau

dilahirkan kepada Rasulullah s.a.w. ketika baginda memakai jubah (aba’ah) sambil menginaikan untanya. Lantas baginda bertanya : “Adakah kamu mempunyai buah tamar?” Aku menjawab, ya.Lalu aku menghulurkan beberapa biji buah tamar, dan Rasulullah s.a.w. memasukkan ke dalam mulutnya. Lalu baginda mengunyahnya kemudian membuka mulut baginda dan mengeluarkan semula tamar yang dikunyah dan diletakkan ke mulut bayi itu. Lantaran itu bayi tersebut menggerakkan lidahnya meghisap tamar tersebut. Kemudian baginda menyebut : “Yang disukai orang ansar ialah tamar dan namakannya dengan nama Abdullah”. (HR Muslim 3995, Lihat al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 7/269). Hadis ini menunjukkan sunnah tahnik bayi yang baru dilahirkan dan ia adalah sunnah sebagaimana ijmak ulama. Ia juga menunjukkan afdal melakukan tahnik dengan buah tamar

Bilakah sunat dilakukan tahnik? Adakah sebaik sahaja kelahiran atau perlu menunggu hari ketujuh?. Al-Bukhari membuat satu bab khusus dalam kitab sahihnya iaitu “Bab menamakan bayi dan mengtahniknya petang kelahirannya sekalipun belum dilakukan akikah”. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 15/390). Bermakna sekiranya bayi tersebut lahir pada pertengahan siang hari, tahnik boleh dilakukan selepas waktu tengahari pada hari kelahirannya. Ini yang dapat difahami melalui bab yang dibuat oleh al-Bukhari. Disebutkan dalam al-Majmuk, bahawa sunnah melakukan tanhik dengan tamar kepada bayi ketika dilahirkan. Maksudnya hari kelahiran (al-Nawawi, al-Majmuk 8/443). Bahkan tujuan atau hikmah tahnik sebagaimana disebut ulama ialah bertujuan untuk melatih bayi makan atau minum. Oleh itu, ia perlu disegerakan pada hari kelahirannya dan tidak perlu ditangguhkan sehingga hari ke tujuh sebagaimana yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Melayu di sini.

Dalam negara kita, kebiasaanya orang awam suka meminta tolong para ustaz atau alim ulama melakukan tahnik kepada anaknya. Mereka mungkin menganggap ini adalah satu sunnah atau mungkin kerana mereka inginkan keberkatan ustaz tersebut. Suka saya kemukakan di sini, bahawa apa yang dilakukan oleh para sahabat dengan membawa anak mereka berjumpa Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah melakukan tahnik kepada bayi tersebut adalah suatu perkara yang mulia. Ini kerana Rasulullah s.a.w. mempunyai keberkatan pada diri atau zat baginda. Manakala selain daripada Rasulullah s.a.w. berlaku khilaf di kalangan ulama. Pendapat yang agak kuat lebih cenderung kepada keberkatan zat hanya ada pada para nabi dan rasulalaihimussolatuwassalam.

Ya, ada nas-nas daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang juga menunjukkan bahawa wujud benda-benda yang diturunkan keberkatan oleh Allah kepadanya. Sama ada tempat, masa atau makhluk-makhluk dari kalangan manusia. Sheikh Soleh bin Abdul Aziz (Lihat al-Tamhid, hlm 125-127) menjelaskan, berkat yang dijadikan oleh Allah ada dua bahagian : i. Berkat pada tempat atau masa. Seperti Allah Taala memberkati Baitillahilharam dan memberkati kawasan sekeliling Masjidil Aqsa. Maksud berkat di sini adalah dari segi makna dalaman, iaitu ada kebaikan yang banyak dan berkekalan di dalamnya. Dengan kata lain, keberkatannya adalah untuk tujuan beribadat padanya. Begitu juga keberkatan pada masa atau waktu. Allah memberkati bulan Ramadan dengan makna barangsiapa yang melaksanakan ibadat setulusnya dalam bulan ini, nescaya akan mencapai kebaikan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda. ii. Berkat pada manusia. Iaitu berkat yang dijadikan Allah pada diri orang-orang mukmin. Dimulai oleh berkat pada diri Rasulullah s.a.w. dan para nabi serta rasul-rasul alaihimussalam. Berkat mereka adalah berkat pada zat, iaitu jasad dan tubuh mereka adalah berkat. Manakala selain daripada mereka, keberkatan orang yang beriman bukan pada zat mereka. Berkat pada mereka merujuk kepada berkat amalan, keimanan, ilmu dan dakwah mereka.

Dalam masalah tahnik, seeloknya bapa atau ibu atau ahli kelaurganya yang lain seperti datuk atau nenek kepada bayi itu sendiri yang melakukan tahnik. Adapun jika seseorang ingin juga meminta para ustaz atau ulama melakukan tahnik kepada bayinya, nasihat saya janganlah sampai menganggap kerana zat air liur atau tangan ustaz tersebut boleh membawa berkat kepada anaknya. Sekalipun ada ulama yang mengatakan sunat diminta kepada orang alim atau soleh melakukan tahnik untuk anak kita (Lihat al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 1/462), namun perkara tersebut ditolak oleh ulama lain. Al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis Anas bin Malik di atas menyebut beberapa pengajaran hadis tersebut. Antaranya beliau menggariskan sunat dilakukan tahnik oleh orang soleh lelaki atau wanita dan boleh tabarruk dengan kesan-kesan orang soleh. (al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 7/269).

Tetapi jika kita melihat hadis-hadis atau athar para sahabat, selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. tiada satu pun cerita yang diriwayatkan mengisahkan orang ramai berjumpa para sahabat besar seperti Abu Bakr, Umar, Uhtman, Ali dan lain-lain untuk meminta mereka melakukan tahnik kepada bayi-bayi yang baru dilahirkan. Ini jelas membuktikan bahawa perbuatan meminta orang-orang soleh atau alim ulama melakukan tahnik tidak dilakukan oleh para al-salaf al-soleh. Justeru,bapa atau ibu kepada bayi tersebut boleh melakukan sunnah tahnik sendiri tanpa perlu pergi mencari ustaz-ustaz untuk melakukannya.

Selain itu, perkara lain yang ingin dikongsi bersama ialah berkaitan melakukan tahnik dengan menggunakan air zam-zam. Dalam hadis-hadis, kesemuanya menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. hanya menguyah buah tamar apabila melakukan tahnik. Apakah terdapat dalil yang mengharuskan kita menggunakan air zam-zam ketika tahnik. Dalam kitab Akhbar Makkah karangan al-Fakihi, beliau membawa satu athar yang mursal daripada Ata’ bahawa Habib berkata kepada Ata’, aku perlu membawa air zam-zam? Jawab Ata’ : Ya, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. membawa air zam-zam dalam botol lalu mengtahnikkan Hasan dan Husain dengannya menggunakan tamar ajwah. (al-Fakihi, Akhbar Makkah 3/198). Walaupun hadis ini mursal, namun ia masih disokong oleh dalil-dalil umum yang menjelaskan kewajaran mengambil berkat dengan air zam-zam, atau berubat dengannya. Maka bagi penulis, tidak menjadi kesalahan menggunakan air zam-zam untuk melakukan tahnik.

Ini adalah beberapa perkara penting yang perlu diketahui oleh orang ramai berkaitan sunnah tahnik. Mudah-mudahan sunnah yang kita lakukan dengan niat ikhlas mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t. Amin


Ammar lahir pada hari Khamis (19 June 2008), masa buat tahnik ni adalah hari sabtu (3hari selepas Ammar lahir). Dilakukan oleh Ustaz Rashid di Darushifa.
Tahnik tak semestinya dilakukan oleh alim ulama. Juga boleh dilakukan dikalangan keluarga kita. Kebetulan darusyifa dekat dgn rumah aku..dan rasa sejuk aje hati bila melangkah masuk ke perkarangan darusyifa..

Ammar pun baik dan tak nangis langsung time ni. walaupun lama menunggu, dier lena je tidur walaupun azan asar bergema.

Aku dah prepare lama dah bahan-bahannya time aku pregnant lagik iaitu Kurma (yg lembut), Air Zam zam dan Madu

Pengalaman kedua berjumpa dgn Dato' Dr Harun Din adalah pada umur Ammar yg ke-26 hari. timeni sebenarnya tujuan untuk perubatan secara Islam. Ammar kena urine infection dan buah pinggang dier bengkak time tu. Kebetulan Ustazah yg bertugas tanya nak buat tahnik ke..
Aku pulak mmg takde nye bawak apa2... Nasib baik b4 tu ada baby girl yg buat.
So, guna la baby tu punya peralatan....
Siapalah nama baby tu ye..hehe.. Baby Girl tauwww...jeng..jeng..jeng

Wah best, special ada bekas tembaga lagi..cantik!
Ada 3 bekas, untuk Air zamzam, kurma (dah dilecek) dan madu
time ni tak de plan apa2. sib baik ada la kamera henpon, bolehla record sikit2
Ustaz kata, "Masya Allah..Masya Allah" mmg sedap je ammar menelan kurma tu..hehe
Ustaz pun lawak juge..."eee...dah lama tak makan ni"
hehe mmgla ustaz, dier minum susu ibu aje....hehhe

apa2pun..tenkiuww to anyah dan ikhwan tolong ambik kan nomborr!!
Ammar cayang korang!

Setiap kali aku melangkah darusyifa, terimbau dengan dosa-dosa lalu. Kadang-kadang aku rasa jahil...banyak lagi yg aku taktau dan perlu dipelajari. Semoga aku tak terus alpa dan leka.
Aku berdoa bukan shaja Ammar jadik anak yg soleh, tapi kami satu family juga ingin menjadi orang yang soleh!

Friday, June 26, 2009

Birthday Ammar

Rasanya belum terlewat lagik kan nak citer pasal befday Ammar...
asyik tertangguh je entry kt blog ni...huhu...
Masa bday Ammar 19 June 2009, mlm tu ada celebrate untuk Ammar
kami sefamily aje..dgn Anyah n anak2 nye meriahkan suasana
takde plan apa2 pun....cuma kek kecik yg kitorang beli kedai kat umah ni haa
tomey ajee...
Adala tulisan bday ngan belon2 serta pooh party hat yg memeriahkan suasana..
beli onlineje kat aipartytoys tuu... yotyot, faiz dan anyah memeriahkan suasana...aikk baru perasan syirah dgn ikhwan tak de dlm gambar..takpe ye
next week kita ambik ramai2 ye
Ammar dah mula buat aksi ngeri nak padamkan lilin dengan tangan..hehe..
kalah citer kungfu dedulu nii......isk..isk..anak mak...
sempat jugakle ambik gambar skit...tak prepare sungguh nii..

cayang ammar...cayang abah juge...
syukur..syukur.. ammar membesar di bawah jagaan aku sepenuhnya...
mmg kami tak pernah berenggang.. paling lama 2 jam la kot..time gi shopping raya tun lepas..
hehehe


Apa ye hadiah befday untuk ammar? ermm lum sampai gi pun kat sini...
tapi, bukanla beli online..order direct...hehe

ok..ni shoot ammar keesokan harinye....
sakan sungguh dier jalan skrgni..dgn mulut pun bising juge...
banyak perkataan dier dah pandai sambung2 antaranya
1. lagu twinkle2 little star...dier dah pandai sambung star... cukupla dier sebut taaaa...
2. kii.....paaahh (kipas)
3. Lam...pahh (lampu..hehe konpius kot..tapi, dier pandang kt lampu)
4. Ma..taa (Mata)
5. Hi...tahh (Hidung) ehhe
6. One..two..three...nine...dier akan sambung tenhhh ( dasyat anak aku nih)

sekarang ni tgh ajar alif baa taa pulak..kusyuk dier dengar...time2 nak tidur tuu
kalau kt tv astro oasis indahnya iman tu mmg feberet dier
Kartun feberet dier sekarang ialah Upin dan ipin kat Youtube
dier dah mula menunjuk sesuatu dan memahami sikit2 apa yg kita cakap
kalau kipas..pandang kipas..cicak..akan pandang ke siling
kalau cakap pipi tembam dier akan tunjuk pipi dier..

feveret dier pepagi ialah....telefon..so, dier akan tiru mcm mana aku cakap hello...(aaah..ahh)
yg kelakar nye petang tadik dier wat misscall kat abah dier drpd phone rumah...
anak2 sekarang..geniuss!
kekkekkee
apa yg warna merah tu.??
itula cloth diaper (CD) Ammar....hehe...promote jap
nampak cute aje pakai CD kan
Aku mmg dah lama sgt carik CD, tapi, kat pasaran harganya agak tinggi...ermm camne nak try kan
bila dah jumpa CD yg aku rasa harga nye sangat berpatutan..aku pun try dan kongsikan untuk semua orang!!
first time pakai tau tak apa ammar buat??

huhuuhuhu.....dengan rasa seronoknyee dier pupu (beyak) dlm tuu tauuwww
dlm minggu pertama pakai cloth diapers, suke sangat dier pupu dlm tuu..5kali pakai, 3 kali pupu..hhhehehe kelakar tul... agaknye dier rasa montotnyee selesa kot nak pupu

dpatla aku save bajet beli drypers!

Friday, June 19, 2009

Ammar is 1 today!

Ammar!! Happy Birthday!!
Alhamdulillah, dah setahun dah ammar ye...kejap je rasanya.
Ammar still fully breastfeed..bijak..bijak
Owh! dier dah pandai jalan tau! Sakan sungguh dier 2minggu ni... pulun nak dpt jalan before befday kot..hehhe..cayalah ammar

ok..mak nak buat special untuk ammar hari ni...ermm apa ye...
tunggu!!!

Wednesday, June 17, 2009

Abe sayang order cloth diapers?


dek terlalu sibuk layan customer yg tanya pasal cloth diapers (cd)..
tetiba encik abg sayang bg msg

" saya nak beli cd 3, ayam masak kicapya, saya kunci lirik!!!"

berdekah-dekah aku gelak dlm hati.... terus pi keluarkan ayam dan masak nasik...
ye.ye..encik abg syg cuti nak study untuk exam...7 papers next week

Viel Glück babeh! caiyuk..caiyuk

Tuesday, June 16, 2009

Special Entry for Ammar - Tahnik

Alhamdulillah, ammar berpeluang untuk bertahnik di darushifa 3hari selepas dilahirkan dgn ustaz Rashid di
darussyifa Bangi. dekat je dgn rumah.. ok...aku quote entry aku kt fp dulu...kalau ada masa nanit aku upload video okey..

Kebetulan masa umur 26hari, sekali lagi ke darussyifa untuk berjumpa dgn Dato' Dr. Haron Din untuk rawatan urine infection Ammar. Sekali lagi, tahnik dilakukan oleh Dato'. masa tu tak prepare apa pun. Nasib baik ustazah siti (kalau xsilap) tanya nak buat tahnik ke? apa lagik..mmg nak la..
sebelum tupun ada baby girl yg buat tahnik, jadik pinjam barang2 baby tu je lah...hehe ada jodoh pe ngan ammar..kekkekeke

Hari ke 3(sabtu) ni jugak pakcik Ammar tolongambikkan nombor kt darussyifa untuk Tahnik

[b]Tahnik
biasanya dilakukan selepas baby lahir...
dengan memberi baby buah kurma
yg dah dilecekkan ke atas lelangitnya...
selalunya dilakukan oleh orang alim ulama...

Memang masa mengandung lagik
dah prepare bahan-bahan untuk tahnik.
Kalau kat darussyifa, kita kena sediakan sedikit
Madu, Kurma dan Air Zamzam.

petang sabtu tu, terus ke dasrussyifa
memang ramai sungguh kali ni
nombor pulak dah terlepas...
kena la tunggu turn untuk mencelah masuk
last2 sampai ke solat asar...
terusje tunggu kt surau atas..
Nasib baik Ammar tidur jee....tak nangis2.
org Azan Asar pun dier duk diam tidur..ada aircond...suka la dier
selepas solat asar berjemaah...
kitorang terus jumpa ustaz rashid (yang masuk dlm rancangan al kuliyyahtu..
pasal perubatan cara islam)

Ustaz memulakan dengan meletakkan kurma+air zamzam
ke atas lelangit ammar...ermm sedap dier nyot2 dan
kemudian madu+airzam zam..
(tapi..gambaq takde lak nak tunjuk.
cuma ambik video je time tu..)

kebetulan ramai pulak yg tengok upacara tahnik
dan ramai lah yg mengangkat tangan dan mendoakan Ammar
moga-moga Ammar Aqlan akan menjadi anak yang soleh..amin......



Special Entry for Ammar - Ammar lahir

entry special untuk ammar,
teringat masa preknen..alhamdulillah aku lalui dgn mudah..
morning sickness tu biasa la kan..mmg aku takleh ngadap laptop sampai la ke tgh hari..
kalau dlm keta tak mabuk kire tak sah la kan....kdg2 tu ada la...teruweekkk..hehe
x byk gambar yg aku ambik time peknen..mmg sungguh tak suke ambik gambar timetu..hehe

ini adalah entry aku masa kat fotopages dulu...(http://djazzxp.fotopages.com)


due date Ammar mmg 19Jun 2008, pagi tu mmg takde rasa apa2 contraction pun
mmg check up pun time tuu...dokter check dah buka 2cm..
uwaa..tekejutnye dakuuu..sbb mmg ler aku selamba je jalan cam biasa kan..

ok...ni aku quote entry aku kt fp dulu..tapi, gambar tu baruje aku masukkan..tak pernah lagik tayang..hehe.. kembang semangkuk..hehe..

Alhamdulillah..cahaya mata pertama kami telah selamat lahir
pada 19 Jun 2008 jam 6.33 ptg dengan berat 3.25kg, tinggi 52cm.

Tarikh 19jun tu sememangnya due date Ammar.
Belum ada tanda2 nak bersalin sampaila ke due date.
Bila gi check up kt KPMC, dokte bgtau
"dah buka 2cm ni, kalau nak admit skrg boleh bersalin ptg nanti"...
fuh..mcm senangje bersalin.
Dah kita ni takde rasa sakit2 lagik..
hatini meronta-ronta la nak masuk timetu gak....
tak mo dah tunggu-tunggu.
satgi, baby dlm perut pun makin besar, risiko pun makin tinggi.

time check up tu mmg tak prepare apa2 pun.
Balik rumah dulu, makan, mandi sumer....
pastu minum air rendaman bunga pakma....
ada org panggil bunga kacip fatimah..
mak mentua yg bagi untuk memudahkan bersalin.

Dalam pukul 12.30 masuk wad.
Makan nasik ayam lagik....laayaannn je laaa...

kul 1 lebih tuu nurse dah cucuk masuk air
dan ubat sambil monitor heartbeat baby guna machine.
Patient kat sebelah pulak dok mengerang kesakitan....
dalam hati ni bimbang..
teruk noo kee contraction nii... sampai camtu sekali...
yang aku ni takde rasa apa-apa lagik...
sampaila bukaan 4cm, barula terasa menyengat2.
dari tadik duk relax boleh gelak2..
skrg dah terbaring sambil dahi berkerut2.
mulut terkumat kamit dengan zikrullah.

Pasal patient sebelah tadi, rupanya dia keguguran...
patutla teruk sangat die..first baby.
ermm kesian kat dier..
kita ni bersyukur la baby semua ok.
Okla sambung balik tadik...
bila sampai 6cm warghhh...
baru tauu rasa camne sakit sebelum bersalin..hehee....
nurse dah nak bagi injection tahan sakit..
aku menolak..
sbb boleh tahan lagik..
yelah...sakit nya datang dlm 5 minit sekali..
dan kemudian makin kerap

Last2...masuk labour room dlm kul 4.15ptg..
asben pun boleh masuk sekali...lega rasanya...
barula ada kekuatan bila ada suami di sisi...
nak dipendekkan cerita..hehe..
nak dekat 2 jam jugak nak deliver Ammar ni.
apa taknye tepaksa guna vacum,
kemudian forcep.
ciann..Ammar..
ali pusat terbelit last minit...kepala lak mendongak bila keluar...
so, sapa yg dah ada
pengalaman baby keluar mendongak tu faham2 la kan..hehe

Bila dengar je suara baby nangis...kuat giler... aku rasa lega..
.Asben aku dah mengalir dah air mata dier..
aku ni duk tercengang-cengang...mcm tak percaya...
Tapi, bila asben aku kuar gi solat Magrib,
barula mengalir air mata aku...
hehe lama gile rest dlm labour room kan...

lepas bersalin tuu dier tak bg pun tengok baby
sbb nak bg aku rest katanya.
Malam tu baru laa aku dapat jumpa Ammar,
itupun aku yg mintak....
yelah, tak tentu hala la aku baby takde depan mata.
Malam tu mmg tak boleh tidur.
asalkan dengar baby nangis je aku gelisah(depan bilik aku tu nursery)..
time ni laa kena baca ayat2
yg aku hafal terutama ayat kursi..
untuk kuatkan semangat.

Esoknya, aku request lagik kat nurse nak jumpa Ammar.
Aku nak bg susu badan.
Tapi, rupanya nurse kt situ dah bg susu botol kt dier..
patutla dier tidur nyenyak giler..
Apapun aku tetap gak try bagi sampai la dier nangis2...
last2 nurse tu ambik balik AMmar.
katanya, dier tak cukup susu tuu....
Adei..sedih nyee aku time tuu bile kena
bg Ammar kat nurse tu untuk bagi susu botol.

Ptg tu dah boleh balik rumah,
selepas dier dah boleh kencing dan berak.
lega rasanya..
Alhamdulillah, akhirnya kami dikurniakan anak lelaki yg sihat dan comel.








Monday, June 15, 2009

Kemas Blog

Hari ni..hari untuk kemaskan blog.
ye puan-puan...jadi surirumah bukan sahaja kena kemas rumah....
blog ni pun kena kemas juge..hehe...bersawang2 dah nii
lama sungguh tak update...dari hari ke hari..tertangguh2

lega rasanya skrgni setelkan pasal manjakuhappy..
rekod, order, stok..sumer lebih sistematik..
dan ada bilik Manjakuhappy untuk kawan2 datang tengok

orait..nak sambung kemas blog ye...
Apa yg aku nak buat yek

1. tukar header sikit-nak masuk gambar kami
2. tambah gambar family
3. ticker Ammar
4. chatbox
5. kemaskini label
6. cerita ammar

Wednesday, April 29, 2009

Swine Influenza (Selsema Babi) : PENCEGAHAN adalah yang terbaik untuk menghalang kita dari mendapat selsema babi

Aku dpt email ni drpd Maiza (thanx!) ..rasanya perlu dikongsi untuk semua sebagai langkah berjaga2

Subject: Swine Influenza (Selsema Babi) : PENCEGAHAN adalah yang terbaik untuk menghalang kita dari mendapat selsema babi

Dear All,

Wabak selsema babi semakin merebak dan kes disahkan atau disyaki dilapor di sekurang-kurangnya 18 buah negara termasuk Eropah dan Asia . Kematian meningkat kepada 152 semalam berbanding 149 kelmarin.

Mexico: 20 kematian akibat selsema babi disahkan. 132 mati disyaki akibat wabak sama. 1614 kes jangkitan disyaki.

Negara2 disahkan dijangkiti:
Britain: 2 kes disahkan
Kanada: 6 kes disahkan (4 kes disyaki)
Israel: 1 kes disahkan (1 kes disyaki)
New Zealand: 3 kes disahkan (63 kes disyaki)
Sepanyol: 1 kes (26 kes disyaki)
Amerika Syarikat: 44 kes
Thailand: 1 kes

Negara2 disyaki mempunyai wabak:
Australia: 70 kes
Chile: 8 kes
China: beberapa kes (tidak dinyatakan)
Colombia: 9 kes
Denmark: 5 kes
Perancis: 1kes
Hong Kong: 4 kes
Ireland: 3 kes
Jerman: 3 kes
Singapura: 2 kes
Korea Selatan: 1 kes
Sweden: 5 kes
Switzerland: 5 kes

Negara2 jiran yang berdekatan dengan kita yang telah dijangkiti adalah Thailand dan Singapura


Berikut adalah maklumat berkaitan Selsema Babi
Apakah “swine influenza” atau selsema babi”?
Swine influenza atau selsema babi sangat mudah berjangkit sesama babi dan menyebabkan penyakit paru-paru akut di kalangan haiwan ini. Jenis influenza yang kerap menjangkiti babi ialah virus Influenza A/H1N1, tetapi jenis yang lain seperti H1N2, H3N1 dan H3N2 turut berada di dalam badan babi. Virus ini berjangkit di kalangan babi melalui rembesan (aerosol) secara langsung (seperti melalui batuk dan bersin) dan secara tidak langsung (sentuhan pada permukaan tercemar seperti rumput/tanah yang dicemari cecair mengandungi virus ini seperti air kencing, najis, etc.) Ia juga boleh dibawa oleh babi telah terjangkit tetapi tidak sakit (tidak mempunyai simptom).


Apakah kesan virus influenza babi ini kepada manusia?
Walaupun influenza babi biasanya menyerang babi sahaja, namun turut menyebabkan penyakit di kalangan manusia.Manusia biasanya medapat jangkitan melalui sentuhan langsung kepada cecair badan babi yang sakit seperti rembesan air liur, air kencing dan najis babi. Bagi manusia, simptom-simptom jangkitan selsema babi adalah demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala, batuk, lemah badan dan rasa tidak selesa. Dalam kes-kes yang lebih serius, selsema babi boleh menyebabkan jangkitan paru-paru teruk yang dipanggil 'pneumonia' yang boleh membawa kepada kematian.
Jangkitan tidak terhad dari babi kepada manusia sahaja malah lebih teruk apabila ia boleh berjangkit dari manusia yang telah mendapat selsema babi kepada manusia lain yang berdekatan dengannya. Jangkitan manusia ke manusia berlaku secara langsung apabila rembesan cecair badan orang yang mendapat selsema babi seperti air liur semasa bercakap, cecair mulut dan hidung semasa batuk dan bersin terkena terus kepada orang2 disekeliling mereka. Atau secara tidak langsung apabila kita tersentuh permukaan seperti meja/tombol pintu/kertas tisu/tangan semasa bersalam yang telah tercemar dengan virus ini.


Adakah kita mempunyai imuniti terhadap selsema babi?
Kebanyakan manusia terutama yang tidak berurusan secara langsung dengan ternakan babi, tidak mempunyai sebarang imuniti terhadap selsema babi. Jadi, kita mudah dijangkiti selsema ini jika kita berurusan atau berdekatan dengan mereka yang telah dijangkiti. Jika berlakunya jangkitan selsema babi sesama manusia, kes akan merebak dengan cepat hingga menyebabkanpandemik atau wabak penyakit influenza virus yang teruk. Ia mungkin melibatkan ramai manusia seluruh dunia mendapat penyakit ini. Kematian akibat kegagalan paru-paru juga akan meningkat.


Adakah vaksin influenza mampu menghalang jangkitan?
Sehingga kini belum mempunyai vaksin khas untuk melindungi manusia dari jangkitan virus selsema babi. Juga tidak diketahui samada vaksin influenza yang diberikan pada manusia sekarang ini mampu memberi sebarang perlindungan.


FASA AMARAN JANGKITAN INFLUENZA seperti SELSEMA BABI:
Ada 6 FASA AMARAN (1 hingga 6) bagi jangkitan influenza.
Fasa 1 - 2 : berlaku jangkitan di kalangan haiwan sahaja
Fasa 3 : Jangkitan berlaku dari haiwan kepada manusia
Fasa 4 - 6 : Jangkitan berlaku dari manusia kepada manusia. Wabak besar (pandemik) berlaku menyebabkan banyak manusia yang sakit dan mati.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan FASA AMARAN ADALAH FASA 4 kerana banyak jangkitan sesama manusia telah dan sedang berlaku. Langkah berjaga2 perlu diambil untuk mengelakkan lebih ramai yang terkena selsema babi.


Oleh itu, PENCEGAHAN ADALAH YANG TERBAIK BAGI MENGELAKKAN KITA MENDAPAT SELSEMA BABI.


Untuk menghalang jangkitan, kita perlu melakukan perkara2 berikut:
1. Elakkan dari berada berdekatan dengan mereka yang kelihatan tidak sihat, mempunyai demam dan batuk.

2. Basuh tangan dengan air serta sabun secara kerap dan menyeluruh terutama sekali jika selepas batuk dan bersin (menggunakan tangan untuk menutup mulut) serta selepas berdekatan/bersalaman dengan orang yang tidak sihat (virus selsema babi dan influenza yang lain akan mati dengan sabun dan bahan pembersih).

3. Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin dengan kertas tisu dan terus buang tisu tersebut ke dalam tong sampah (jangan ditinggalkan di atas meja)


4. Amalkan tabiat kesihatan yang baik seperti cukup tidur, makan makanan berkhasiat dan senaman untuk meningkatkan/memperkuatkan sistem pertahanan badan.


5. Jika sakit (demam, selsema, batuk, etc.), dapatkan rawatan doktor secepat mungkin dan tinggal di rumah. Elakkan pergi ke tempat kerja dan tempat2 yang ramai dikunjungi orang seperti kompleks membeli belah, taman permainan, kedal makan dll. Rehat secukupnya dan minum air dengan banyak. Pakai penutup mulut (face mask) jika di khalayak ramai.


6. Beritahu keluarga/rakan2/teman sekerja yang anda tidak sihat serta minta mereka membantu anda untuk tugas2 yang memerlukan anda berjumpa orangramai seperti membeli-belah (perlu diingatkan bahawa orang yang sakit mempunyai imuniti badaan yang rendah dan senang dijangkiti oleh selsema babi atau penyaki2 lain)


7. Pastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan cuci menggunakan bahan2 pembersih


8. Jika anda ingin mengunjungi negara2 yang telah mempunyai kes selsema babi, dapatkan nasihat doktor, ketahui keadaan kes di tempat yang akan anda kunjungi. Perlu berhati-hati jika kes semakin meningkat. Sehingga kita CDC/WHO/Kementerian Kesihatan/PETRONAS belum mengeluarkan sebarang larangan untuk melawat negara2 yang mendapat jangkitan tetapi elokkan dielakkan buat sementara waktu jika lawatan tersebut tidak/kurang penting.


9. Ketahui perkembangan terkini dengan membaca suratkhabar atau laman web Kementerian Kesihatan/WHO/CDC

Pada 23 November 2008, POD/PGB telah menjalankan Latihan Persediaan Kecemasan Pandemik Selsema Burung (Avian Influenza Emergency Preparedness Exercise). Latihan persediaan tersebut juga bersesuaian dengan persediaan kepada Kecemasan Selsema Babi (Swine Influenza) yang sedang berlaku sekarang kerana kesan wabak kedua-dua jenis selsema ini adalah sama.
(Sumber: WHO, CDC dan Kementerian Kesihatan)
Dr Norsayani MY (bagi pihak HSE PGB).

Wednesday, April 22, 2009

Dina - Ustazah Kecik

Terjumpa lak gambar masa kecik2....hehe


Tuesday, April 21, 2009

Ammar dah 10 Bulan!!

Agak lewat aku post entry ni..sepatutnya 19 April lalu...tapi, harini dah 21 april..

Ammar dah 10 bulan....

Elok2 ngam birthday yg 10bulan...suhu badan dier panas sikit...tak mcm biasa

cuma 37.1'C

tgh hari dan malam aku bg juga ubat demam...tangan dier suam2 gituu

masih lagi mamam antibiotik trimethoprim (bactrim)..hehe aku pun cam dah hafal dah nama ubat die ni..expired setiap 30 hari sb ubat ni tiada bahan pengawet...ermm bagus untuk kanak2 bawah setahun mcm Ammar....





Kemahiran Ammar yang paling membanggakan..

1. yee ammar pandai dah menyelinap masuk ke bawah baby cot die...terutama ada benda yg menarik perhatian die cmm phone tuuu
2. dah pandai juga keluar dr bawah baby cot

dengan jayanyaaa!!!


2. pandai dah kenyit2 mata....tanpa disuruh...kalau disuruh kenyit mata die takmo buat...so, ikut mood dier nak wat ke tak
3. dah pandai tiru apa yg kita buat...contohnya, kita geletek perut dier ngan muka kita...pastu dier buat kat abah dier camtu lak....siap selak2 baju giii..hehhe
4. Dier bukan je boleh berdiri (sambil pegang) skrgni pandai pulak nolak2 kerusi makan...agaknye nak buat deco show mcm eric leong kot... mak salah letak kusi makan
5. dier dah mula meninjau kat atas meja makan...dan tangan pegang meja...mula nak bersengayut... kaki dah tunjit22..adei..jatuh nanti ammar...
6. baruje smlm dah pandai plak meyandar...aceece...boleh posing menyandar kat dinding lah lepas niii

7. pandai membaling objek...segala mcm mainan yg dah boring selepas 30minit membelek, dier akan terusje baling....
8. pandai buat bunyi dgn ketuk2 kusi/meja dgn objek
9. Buat gunakan tangan untuk buat bunyi kat mulut....

Kelebihan luar jangkaan nye:
1. dah pandai pulak nak memulas petik api kat dapur gas tuu....mmg dier suke nengok aku masa pun...terutama time masak makanan die..

2. boleh duduk selamba dgn org yg dier tak kenal....waa...bahye niii, mudah sgt nak kat org


3. sudah pandai wat akrobatik drpd dlm buaian....dgn mengeluarkan kepala terlebih dahulu....serta berpusing 180 darjah..
aku dah stop tidurkan dier dlm buaian..dekat 3minggu dah ammar tak naik buaian

Keistimewaan paling cute!
1. Dah pandai cari benda yg kita sorok kan..hehe..
2. pandai tengok youtube in the night garden, upin dan ipin.. kat tv pulak dah mula suke wonderpets dan jimmy neutron
3. nangis mcm mana pun kalau kita wat lawak....pandai dah dier pun gelak juge...
4. kadang2 mak abahnye borak2 sambil gelak2 dier pun sama2 gelak..dan sekali sekala mcm dier lak over2 ketawa.....mcm kelakar sangat laaa



5. Mendengar org cerita dgn penuh perasaan...terutamanya bila anyah (mak sedara ammar) datang citer pasal keje dier....tetiba je duk meniarap depan anyah (sambil goyang2 kaki) muka ngadap kat anyah.... tak jadik dah anyah citer


tengok tuuu dier pandai carik kan.......
6. pandai bukak buku satu2 dan tak gigit buku dah.... antara koleksi yg ammar ada, my body, fruits & vege, numbers, colors & shape,dan zoo animals... suke btul buku bergambar..nanti mak beli lagi ye....
kalau alphabet aku tak beli lagi..sbb aku guna Anakku..

ni muka die kalau tengah belek buku2 kesukaannye....sambil mulut mcm baca2 la...
Bahasa Ammar
1. paling terer sebut "Abaahhhhh!!.."
2. sebut "maaaa" pada waktu2 kecemasan (time nangis ke...jatuh ke.cemas kee) dan lapar je....huhuuu
3. "pa..papa...paa"
4."da..dah.daa...dah"
5. "addee...deshh..deshhh...dishh" ni fav diee

Semoga Ammar berusaha dengan jayanya untuk berdiri, berjalan...melambai...bercakap..menggelengkan kepala dan meniru mak pulak selepas ni yee...

Friday, April 17, 2009

Dina dan Google: Switch to Google Chrome Now!


aku baruje run Google Chrome browser..
browser yg aku nanti2 kan selama ni.... hehe
korang boleh tengok guide kat sini (kalau takmo nengok video la)
http://www.google.com/googlebooks/chrome/small_00.html

Ammar dan kecederaan mulut


waa...mcm serius je bunyi nye kan tajuk ni
semalam mcm biasa bila Abah Ammar balik..barula aku boleh buat keje sikit..
Ammar pulak sibuk dengan aktiviti eksperimen check tayar keta dier..
bancuh la air untuk minum ptg... Kemudian dengar Abah jerit Ya..Allah
Ni mesti terjatuh ni...macam biasa aku dukung dan terus pujuk die...kuat gak nangis dan bawak masuk ke bilik..
aku check mulut dier...haaa berdarah??!!
bila darah tu kena je kat baju aku... otomatik air mata aku turun deras....nangiss woooo!!
cepat2 aku ambik napkin n letak air suam dan tuam kan kat mulut dier....(ituje idea yg aku terfikir timetu)
bila tuam tu terus Ammar senyap, sampai la darah berhenti..
Nasib baik bibir kecik dier tu tak bengkak
Aku mandikan dier...dan terus bagi dier susu...alhamdulillah..dier menyusu ok.
kemudian, dier teruskan aktiviti eksperimen2 yang masih belum dicuba..seolah2 mcm takde apa2 berlaku
Sebelumni, aku pernah saksikan anak buah aku terjatuh...bila ada menitik je darah sikit akak aku dah menggelabah n air mata keluar.. perasaan aku timetu biasaje...
dan aku fikir kalau nangis lagila kita tak boleh nak berfikir dan panik...
sekarangni, perkara yg sama terjadi pada aku...air mata yang mengalir di luar kawalan aku...dan baru aku sedar, perasaan ini hanya dialami oleh seorang wanita bergelar ibu.....

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie - Personal pictureLilypie