Wednesday, April 29, 2009

Swine Influenza (Selsema Babi) : PENCEGAHAN adalah yang terbaik untuk menghalang kita dari mendapat selsema babi

Aku dpt email ni drpd Maiza (thanx!) ..rasanya perlu dikongsi untuk semua sebagai langkah berjaga2

Subject: Swine Influenza (Selsema Babi) : PENCEGAHAN adalah yang terbaik untuk menghalang kita dari mendapat selsema babi

Dear All,

Wabak selsema babi semakin merebak dan kes disahkan atau disyaki dilapor di sekurang-kurangnya 18 buah negara termasuk Eropah dan Asia . Kematian meningkat kepada 152 semalam berbanding 149 kelmarin.

Mexico: 20 kematian akibat selsema babi disahkan. 132 mati disyaki akibat wabak sama. 1614 kes jangkitan disyaki.

Negara2 disahkan dijangkiti:
Britain: 2 kes disahkan
Kanada: 6 kes disahkan (4 kes disyaki)
Israel: 1 kes disahkan (1 kes disyaki)
New Zealand: 3 kes disahkan (63 kes disyaki)
Sepanyol: 1 kes (26 kes disyaki)
Amerika Syarikat: 44 kes
Thailand: 1 kes

Negara2 disyaki mempunyai wabak:
Australia: 70 kes
Chile: 8 kes
China: beberapa kes (tidak dinyatakan)
Colombia: 9 kes
Denmark: 5 kes
Perancis: 1kes
Hong Kong: 4 kes
Ireland: 3 kes
Jerman: 3 kes
Singapura: 2 kes
Korea Selatan: 1 kes
Sweden: 5 kes
Switzerland: 5 kes

Negara2 jiran yang berdekatan dengan kita yang telah dijangkiti adalah Thailand dan Singapura


Berikut adalah maklumat berkaitan Selsema Babi
Apakah “swine influenza” atau selsema babi”?
Swine influenza atau selsema babi sangat mudah berjangkit sesama babi dan menyebabkan penyakit paru-paru akut di kalangan haiwan ini. Jenis influenza yang kerap menjangkiti babi ialah virus Influenza A/H1N1, tetapi jenis yang lain seperti H1N2, H3N1 dan H3N2 turut berada di dalam badan babi. Virus ini berjangkit di kalangan babi melalui rembesan (aerosol) secara langsung (seperti melalui batuk dan bersin) dan secara tidak langsung (sentuhan pada permukaan tercemar seperti rumput/tanah yang dicemari cecair mengandungi virus ini seperti air kencing, najis, etc.) Ia juga boleh dibawa oleh babi telah terjangkit tetapi tidak sakit (tidak mempunyai simptom).


Apakah kesan virus influenza babi ini kepada manusia?
Walaupun influenza babi biasanya menyerang babi sahaja, namun turut menyebabkan penyakit di kalangan manusia.Manusia biasanya medapat jangkitan melalui sentuhan langsung kepada cecair badan babi yang sakit seperti rembesan air liur, air kencing dan najis babi. Bagi manusia, simptom-simptom jangkitan selsema babi adalah demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala, batuk, lemah badan dan rasa tidak selesa. Dalam kes-kes yang lebih serius, selsema babi boleh menyebabkan jangkitan paru-paru teruk yang dipanggil 'pneumonia' yang boleh membawa kepada kematian.
Jangkitan tidak terhad dari babi kepada manusia sahaja malah lebih teruk apabila ia boleh berjangkit dari manusia yang telah mendapat selsema babi kepada manusia lain yang berdekatan dengannya. Jangkitan manusia ke manusia berlaku secara langsung apabila rembesan cecair badan orang yang mendapat selsema babi seperti air liur semasa bercakap, cecair mulut dan hidung semasa batuk dan bersin terkena terus kepada orang2 disekeliling mereka. Atau secara tidak langsung apabila kita tersentuh permukaan seperti meja/tombol pintu/kertas tisu/tangan semasa bersalam yang telah tercemar dengan virus ini.


Adakah kita mempunyai imuniti terhadap selsema babi?
Kebanyakan manusia terutama yang tidak berurusan secara langsung dengan ternakan babi, tidak mempunyai sebarang imuniti terhadap selsema babi. Jadi, kita mudah dijangkiti selsema ini jika kita berurusan atau berdekatan dengan mereka yang telah dijangkiti. Jika berlakunya jangkitan selsema babi sesama manusia, kes akan merebak dengan cepat hingga menyebabkanpandemik atau wabak penyakit influenza virus yang teruk. Ia mungkin melibatkan ramai manusia seluruh dunia mendapat penyakit ini. Kematian akibat kegagalan paru-paru juga akan meningkat.


Adakah vaksin influenza mampu menghalang jangkitan?
Sehingga kini belum mempunyai vaksin khas untuk melindungi manusia dari jangkitan virus selsema babi. Juga tidak diketahui samada vaksin influenza yang diberikan pada manusia sekarang ini mampu memberi sebarang perlindungan.


FASA AMARAN JANGKITAN INFLUENZA seperti SELSEMA BABI:
Ada 6 FASA AMARAN (1 hingga 6) bagi jangkitan influenza.
Fasa 1 - 2 : berlaku jangkitan di kalangan haiwan sahaja
Fasa 3 : Jangkitan berlaku dari haiwan kepada manusia
Fasa 4 - 6 : Jangkitan berlaku dari manusia kepada manusia. Wabak besar (pandemik) berlaku menyebabkan banyak manusia yang sakit dan mati.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan FASA AMARAN ADALAH FASA 4 kerana banyak jangkitan sesama manusia telah dan sedang berlaku. Langkah berjaga2 perlu diambil untuk mengelakkan lebih ramai yang terkena selsema babi.


Oleh itu, PENCEGAHAN ADALAH YANG TERBAIK BAGI MENGELAKKAN KITA MENDAPAT SELSEMA BABI.


Untuk menghalang jangkitan, kita perlu melakukan perkara2 berikut:
1. Elakkan dari berada berdekatan dengan mereka yang kelihatan tidak sihat, mempunyai demam dan batuk.

2. Basuh tangan dengan air serta sabun secara kerap dan menyeluruh terutama sekali jika selepas batuk dan bersin (menggunakan tangan untuk menutup mulut) serta selepas berdekatan/bersalaman dengan orang yang tidak sihat (virus selsema babi dan influenza yang lain akan mati dengan sabun dan bahan pembersih).

3. Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin dengan kertas tisu dan terus buang tisu tersebut ke dalam tong sampah (jangan ditinggalkan di atas meja)


4. Amalkan tabiat kesihatan yang baik seperti cukup tidur, makan makanan berkhasiat dan senaman untuk meningkatkan/memperkuatkan sistem pertahanan badan.


5. Jika sakit (demam, selsema, batuk, etc.), dapatkan rawatan doktor secepat mungkin dan tinggal di rumah. Elakkan pergi ke tempat kerja dan tempat2 yang ramai dikunjungi orang seperti kompleks membeli belah, taman permainan, kedal makan dll. Rehat secukupnya dan minum air dengan banyak. Pakai penutup mulut (face mask) jika di khalayak ramai.


6. Beritahu keluarga/rakan2/teman sekerja yang anda tidak sihat serta minta mereka membantu anda untuk tugas2 yang memerlukan anda berjumpa orangramai seperti membeli-belah (perlu diingatkan bahawa orang yang sakit mempunyai imuniti badaan yang rendah dan senang dijangkiti oleh selsema babi atau penyaki2 lain)


7. Pastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan cuci menggunakan bahan2 pembersih


8. Jika anda ingin mengunjungi negara2 yang telah mempunyai kes selsema babi, dapatkan nasihat doktor, ketahui keadaan kes di tempat yang akan anda kunjungi. Perlu berhati-hati jika kes semakin meningkat. Sehingga kita CDC/WHO/Kementerian Kesihatan/PETRONAS belum mengeluarkan sebarang larangan untuk melawat negara2 yang mendapat jangkitan tetapi elokkan dielakkan buat sementara waktu jika lawatan tersebut tidak/kurang penting.


9. Ketahui perkembangan terkini dengan membaca suratkhabar atau laman web Kementerian Kesihatan/WHO/CDC

Pada 23 November 2008, POD/PGB telah menjalankan Latihan Persediaan Kecemasan Pandemik Selsema Burung (Avian Influenza Emergency Preparedness Exercise). Latihan persediaan tersebut juga bersesuaian dengan persediaan kepada Kecemasan Selsema Babi (Swine Influenza) yang sedang berlaku sekarang kerana kesan wabak kedua-dua jenis selsema ini adalah sama.
(Sumber: WHO, CDC dan Kementerian Kesihatan)
Dr Norsayani MY (bagi pihak HSE PGB).

Wednesday, April 22, 2009

Dina - Ustazah Kecik

Terjumpa lak gambar masa kecik2....hehe


Tuesday, April 21, 2009

Ammar dah 10 Bulan!!

Agak lewat aku post entry ni..sepatutnya 19 April lalu...tapi, harini dah 21 april..

Ammar dah 10 bulan....

Elok2 ngam birthday yg 10bulan...suhu badan dier panas sikit...tak mcm biasa

cuma 37.1'C

tgh hari dan malam aku bg juga ubat demam...tangan dier suam2 gituu

masih lagi mamam antibiotik trimethoprim (bactrim)..hehe aku pun cam dah hafal dah nama ubat die ni..expired setiap 30 hari sb ubat ni tiada bahan pengawet...ermm bagus untuk kanak2 bawah setahun mcm Ammar....





Kemahiran Ammar yang paling membanggakan..

1. yee ammar pandai dah menyelinap masuk ke bawah baby cot die...terutama ada benda yg menarik perhatian die cmm phone tuuu
2. dah pandai juga keluar dr bawah baby cot

dengan jayanyaaa!!!


2. pandai dah kenyit2 mata....tanpa disuruh...kalau disuruh kenyit mata die takmo buat...so, ikut mood dier nak wat ke tak
3. dah pandai tiru apa yg kita buat...contohnya, kita geletek perut dier ngan muka kita...pastu dier buat kat abah dier camtu lak....siap selak2 baju giii..hehhe
4. Dier bukan je boleh berdiri (sambil pegang) skrgni pandai pulak nolak2 kerusi makan...agaknye nak buat deco show mcm eric leong kot... mak salah letak kusi makan
5. dier dah mula meninjau kat atas meja makan...dan tangan pegang meja...mula nak bersengayut... kaki dah tunjit22..adei..jatuh nanti ammar...
6. baruje smlm dah pandai plak meyandar...aceece...boleh posing menyandar kat dinding lah lepas niii

7. pandai membaling objek...segala mcm mainan yg dah boring selepas 30minit membelek, dier akan terusje baling....
8. pandai buat bunyi dgn ketuk2 kusi/meja dgn objek
9. Buat gunakan tangan untuk buat bunyi kat mulut....

Kelebihan luar jangkaan nye:
1. dah pandai pulak nak memulas petik api kat dapur gas tuu....mmg dier suke nengok aku masa pun...terutama time masak makanan die..

2. boleh duduk selamba dgn org yg dier tak kenal....waa...bahye niii, mudah sgt nak kat org


3. sudah pandai wat akrobatik drpd dlm buaian....dgn mengeluarkan kepala terlebih dahulu....serta berpusing 180 darjah..
aku dah stop tidurkan dier dlm buaian..dekat 3minggu dah ammar tak naik buaian

Keistimewaan paling cute!
1. Dah pandai cari benda yg kita sorok kan..hehe..
2. pandai tengok youtube in the night garden, upin dan ipin.. kat tv pulak dah mula suke wonderpets dan jimmy neutron
3. nangis mcm mana pun kalau kita wat lawak....pandai dah dier pun gelak juge...
4. kadang2 mak abahnye borak2 sambil gelak2 dier pun sama2 gelak..dan sekali sekala mcm dier lak over2 ketawa.....mcm kelakar sangat laaa



5. Mendengar org cerita dgn penuh perasaan...terutamanya bila anyah (mak sedara ammar) datang citer pasal keje dier....tetiba je duk meniarap depan anyah (sambil goyang2 kaki) muka ngadap kat anyah.... tak jadik dah anyah citer


tengok tuuu dier pandai carik kan.......
6. pandai bukak buku satu2 dan tak gigit buku dah.... antara koleksi yg ammar ada, my body, fruits & vege, numbers, colors & shape,dan zoo animals... suke btul buku bergambar..nanti mak beli lagi ye....
kalau alphabet aku tak beli lagi..sbb aku guna Anakku..

ni muka die kalau tengah belek buku2 kesukaannye....sambil mulut mcm baca2 la...
Bahasa Ammar
1. paling terer sebut "Abaahhhhh!!.."
2. sebut "maaaa" pada waktu2 kecemasan (time nangis ke...jatuh ke.cemas kee) dan lapar je....huhuuu
3. "pa..papa...paa"
4."da..dah.daa...dah"
5. "addee...deshh..deshhh...dishh" ni fav diee

Semoga Ammar berusaha dengan jayanya untuk berdiri, berjalan...melambai...bercakap..menggelengkan kepala dan meniru mak pulak selepas ni yee...

Friday, April 17, 2009

Dina dan Google: Switch to Google Chrome Now!


aku baruje run Google Chrome browser..
browser yg aku nanti2 kan selama ni.... hehe
korang boleh tengok guide kat sini (kalau takmo nengok video la)
http://www.google.com/googlebooks/chrome/small_00.html

Ammar dan kecederaan mulut


waa...mcm serius je bunyi nye kan tajuk ni
semalam mcm biasa bila Abah Ammar balik..barula aku boleh buat keje sikit..
Ammar pulak sibuk dengan aktiviti eksperimen check tayar keta dier..
bancuh la air untuk minum ptg... Kemudian dengar Abah jerit Ya..Allah
Ni mesti terjatuh ni...macam biasa aku dukung dan terus pujuk die...kuat gak nangis dan bawak masuk ke bilik..
aku check mulut dier...haaa berdarah??!!
bila darah tu kena je kat baju aku... otomatik air mata aku turun deras....nangiss woooo!!
cepat2 aku ambik napkin n letak air suam dan tuam kan kat mulut dier....(ituje idea yg aku terfikir timetu)
bila tuam tu terus Ammar senyap, sampai la darah berhenti..
Nasib baik bibir kecik dier tu tak bengkak
Aku mandikan dier...dan terus bagi dier susu...alhamdulillah..dier menyusu ok.
kemudian, dier teruskan aktiviti eksperimen2 yang masih belum dicuba..seolah2 mcm takde apa2 berlaku
Sebelumni, aku pernah saksikan anak buah aku terjatuh...bila ada menitik je darah sikit akak aku dah menggelabah n air mata keluar.. perasaan aku timetu biasaje...
dan aku fikir kalau nangis lagila kita tak boleh nak berfikir dan panik...
sekarangni, perkara yg sama terjadi pada aku...air mata yang mengalir di luar kawalan aku...dan baru aku sedar, perasaan ini hanya dialami oleh seorang wanita bergelar ibu.....

Tuesday, April 14, 2009

Dina dan Perubatan Islam: komen untuk Fwd Email-satu pengajaran...berhati-hati bila melawat jenazah...

aku ada terima fwd email ni Re: satu pengajaran...berhati-hati bila melawat jenazah...

dan aku terasa dipanggil untuk komen email fwd tersebut..
langkah seterusnya aku reply to all untuk semua yg terima email tu...


"salamz semua...
saya baca cerita dlm fwd email ni...ala citer kesurupan cerita indon pulak..
bukan saya tak percaya...setiap perkara di dunia ni berlaku di atas keizinan tuhan
cuma, cara perubatan tersebut dgn menggunakan air mandian mayat adalah sesuatu yg tidak sesuai dalam konsep perubatan secara islam

berkali2 juga perkataan dengan izin Allah..digunakan dalam cerita tersebut.. yg kadang2 membuat kita rasa..fuhyoo, terernya org tua ni

Islam itu suci...perubatan Islam juga menggunakan kaedah dan benda yg bersih dalam perubatan contohnya air yg bersih, daun2, herba dan sebagainya..

Jangan kita terkeliru...kaedah perubatan yg berkait dengan benda2 kotor dan juga barang2 seperti lilin, telur, kain warna tertentu, asap kemenyan, binatang dan darah sesuatu sering kali berkait rapat dengan jin dan syaitan...(lebih dekat lagi kita katakan ia seperti perbuatan syirik)

Untuk keterangan lebih lanjut, korang boleh tanya pada ustaz atau layari laman web
http://www.darussyifa.org/
Boleh rujuk di situ. saya di sini bukan tujuan promote darussyifa... sbb saya rasa perawat di sana lebih arif. saya juga sering ke sana untuk rawatan (bukan gangguan laa). tiada apa2 bayaran yg dikenakan untuk berjumpa dgn perawat di sana... Hanya tabung derma sahaja yg disediakan...itupun disebabkan cadangan pelawat/pesakit yg terdahulu....


tq
dina/djazzxp"



saya harap kawan2 semua memahami apa yg ingin aku sampaikan disini..dan aku minta maaf..sbb aku tak salahkan sapa2 dlm hal ni...cuma aku nak ingatkan diri aku juga rakan2 semua



ini pula sebahagian drpd email tu...

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah. .. Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang... . please take note of this for our on good.... org tua-tua used to say.... bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah. Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu........lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. ............

kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. ...... Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. ..........Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah...katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal. ...... ....bla..bla...

aku paste sebahagian shj..sbb rasanya tak perlu aku highlight sgt tentang email ni..

Thursday, April 9, 2009

Dina dan Freelance

Aku, isteri, mak dan freelancer

Kenapa masih ada di luar sana menganggap freelance tu mcm stranger?
Tambah2 bila freelancer yg terkedek2 bawak anak sambil berkerja (mcm aku laa)....begitu asingkah di sini? (maksud aku di Malaysia)

Untuk buat keputusan jadi freelance bukanla satu perkara mudah....
hati kena cekal (plus keduu..keras sikit) supaya dpt menangkis perkara2 -ve terhadap kerjaya ni..Alhamdulillah, aku mendapat sokongan suami sepenuhnya....walaupun ada ketikanya aku jatuh terduduk...dan saat itu aku terus berdiam diri dan memendam rasa untuk tunjukkan aku BOLEH..hati aku.....takde siapa yg tahu

Keras hati....malas, bongkak atau memilih kerjaya bukan sikap bagi freelancer..bagi aku, cuma inginkan kepuasan....keje mesti all out...perfecto! (ermm kadang2 perfecto ni memakan diri) dan yg penting aku saaaangat suke kerja yg aku pilih.... abis keje..dapat payment...
Di mana kepuasan aku?? ya..bila ada return customer..dan juga bila ada org call "......bagi phone u ni pada i, boleh tak u..bla..bla..bla"
Aku saaangat berterima kasih pada dorang dan kalian juga..sbb korang laah yg bagi aku semangat dan terus bangkit untuk berjuang

satu lagi realiti nya....kehidupan aku adalah sederhana....belum sampai lagi tahap simpanan berkepuk2 $$$$$ (ermm jimat juga jadi freelance+housewife)....bagilah ruang untuk org seperti aku mencari rezki...

selepas grad 2002-2004, aku masih berkerja+ ada juga part time project tahunan kecik2 yg aku ambik, 2005 aku dah start freelance...kadang2 on off keje ikut contract...2006-2008 banyak freelance..
Pada April 2008....aku bertekad takkan toleh ke blakang dan meneruskan kerjaya freelance
bukan kerana kerjaya freelance aku lebih $$$$$....
bukan kerana faktor aku tak mau dikongkong....
bukan kerana perangai manusia tertentuuu....

semuanya kerana............aku mahukan terbaik untuk keluargaku...terutamanya Ammar dan juga suamiku...
Semoga Allah memberkati hidup kami sekeluarga
dunia...akhirat..

Dina dan Award from Sal


va.va....va..vaa...
dapat award daripada sal tq..tq.. tochee.

Monday, April 6, 2009

Dina dan bisnes: Babykids outfit store!

Salamzz....

Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat aku nak jual baju baby n kids secara online...
lama dah duk geraam je tengok baju baby ni....
oleh itu...


Dengan lafaz:


PELANCARAN secara online

http://manjakuhappy.blogspot.com/



lag tema niii ....ammar suke sangat tengok In The Night Garden


ni pula antara stok yg baru aku update

kalau berminat boleh emel aku djazzxp@yahoo.com



Boleh click ke http://manjakuhappy.blogspot.com/ untuk tengok stok dan size yee..

Friday, April 3, 2009

Ke manakah DJAZZ?? di sini djazzxp.....part 1

DJAZZ and Macromedia Flash 4

nickname aku 10 thn yg dulu ialah DJAZZ, time tu mmg layan mIRC dan ICQ
dan timetu juga adalah zaman kepala aku tgh diasah gile2 pasal IT
timetu jugak tgh ketagih macromedia flash..
smlm aku masuk balik 2 website yg tiap ari aku bukak dulu...






jauh berbeza...dan aku makin ketinggalan dgn software juga coding yg canggih2 skrg
padahal kalau dulu, semua tutorial dlm kirupa tu aku pnah buat...dan kadang2 aku modified coding n grafik untuk buat version aku sendiri.....padahal timetu aku bukan bground IT pun...

aku try masuk forum dua2 website tu...hehee masih ada lagi username aku djazz dgn 4 huruf password jee..
tak banyak post yg aku hantar dlm forum...mcm biasalah..cuma jadi silent reader..
tapi, dlm sifoo forum jugak aku kenal beberapa org yg skrg ni...mmmg superb! photographer terkenal....graphic designer hebat....ada yg terlibat dlm making of antoo fighters..dan ada jugak org kg aku! dasyat la dorang..aku masih mengikuti perkembangan dorang

Kirupa tu pulak..aku admire sungguh tulisan die....mmg senang sangat nak faham tutorial die..
dan paling aku suka....ialah site of the week yg menjadi inspirasi aku untuk buat keje2 yg berkaitan dgn flash..

ada jugak aku ambik job untuk persembahan multimedia untuk majlis2 tertentu...
kerja aku berkembang drpd laman web..ke multimedia sekolah..majlis perpisahan guru...sampaila..ke majlis anugerah sukan..
daripada free...kemudian, bayarlah ikut suka hati....sehinggalah aku sendiri boleh bg quotation....

itulah DJAZZ beberapa tahun yg dulu......

dan kini....djazzxp....aku tukar nickname sbb dah ada org pakai djazz...
mana2 aku nak register, DJAZZ not available....kebetulan timetu windows xp baru launch..aku pun letak xp kat blakang djazz..jadik laaa djazzxp

bersambung....




Thursday, April 2, 2009

Mak ni wat keje kee..baca blog??

halllooooo.......arini keje ku membaca blog org pulak.....berjangkit dari satu ke satu..huaa..huaa..hua... ammar cam bagi warning jee...

biasanya dier tak kacau kalau aku wat keje...arini dier kacau.... ngintaii yee ammar..
oraitt...continue keje lik....fokus..dina...fokuss...hihhiihihiih

Wednesday, April 1, 2009

Tamil Movie: Aku layan beb!


DULU-SEBELUM KAWIN
Kalau dulu, cuma layan movie Kamal Hassan aje..sbb style dier cam bollywood sikit..
aku jadi sakit kepala kalau tengok dorang ni menari..bila bercakap pulak, semuanya high volume...
sbb biasanya aku cuma layan hindustan je..
filem bollywood mmg kaw..kaw punya koreografi... gambar nye yg indah2 terutama kalau adlabs product...perghh shanteekk bangat!
KINI, SELEPAS KAWIN
Mmg la en.suami (aku panggil yap la kat sini) ala2 bollywood gitu...dan juga mmg peminat cerita TAMIL..
bila balik kg sblh Yap, bukan je pak mentua...malah kakak2 biras dan abg ipar jugaa excited sungguh kalau bercerita..perghh satu anjakan paradigma..takpe..aku layan je laaa.....

TAPI, skrgni...bila mula je hari pertama setiap bulan, aku mesti bukak channel box office tamil punyaaaa
kekekkeke.. daripada kamal hassan aku dah boleh layan Rajnikanth (paling aku ingat laaakalakalakala), kemudian Vijay (jambang dier mcm yap..keke)
dan beberapa lagik actor kollywood yg aku tak kenal sgt
huishhh...boleh tangkap nangisss gak weeii..


KENAPA?
bak kata yap, cerita dorang ni takde feeling2....kalau time belasah tu..mmg sungguh2...
dan aku jugak suke jalan cerita dorang buat, sangat lain..bukan tahap cintan cintun dan lawak bodoh..
dorang masukkan nilai2 murni...kepercayaan, kesetiaan....unsur politik sikit..
dialog dorang pun takde la main hentam karma..ada makna...
satu lagik dorang ni mmg PRO SUSUIBU!!!
ada beberapa filem yg dorang masukkan unsur pro susu ibu
antara dialog2nya (yg aku ubahsuai sikit)
" DEYYY! ini anakkk bukan minum susu lembu...ini anak!! minum ibu punyaa susu!...takde kenal itu takutt...takkan lari mcm pengecutt!!"
dan cerita yg aku baru tengok ni
ibunya baru lahirkan baby dan sangaaat excited nak bagi susu badan...tapi, dier kena kanser darah...

Kesimpulannya... walaupun aku nengok citer tamil, tapi aku cuma kenal hero nyee je...kalau heroin aku tak kenal..mcm lebih kurang je muka dorang
Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie - Personal pictureLilypie