Wednesday, February 25, 2009

PORTABLE HD 320GB


Portable hd yg saya sangaaaatt memerlukannya skrg sbb:
1. gambar terlalu banyak!
2. backup file data
3. backup annual report companies....(Annual report 1999, 2000,2001,2002,2003,2004,2005,2006,2007....pergh banyak giler)
4. save file cuma dalam laptop (itupun dah warning byk kali low disk storage) dan poket hd...
5. dah mula nak start kijeeee collect data
skrgni pocket hd start dgn 250gb ~RM249, 320gb~RM269, 400gb~RM359, 500gb~RM399
rasanya mcm nak ambik 320gb, TAPI tabung manakah yg perlu aku korek???
sayangnyee nak keluar duit tabung niiii....hehehe

Tuesday, February 24, 2009

NYUMM..NYUMM...IT'S WEANING TIME AGAIN!!

ye...yee..Ammar dah pun start mamam!
semalam, 23 feb 2009 dah start....cuma bagi bubur nasik kosong yg dah ditapis
kelakar btul muka diee... mula2 excited je dier nak makan..bila die dah tau rasa cam tak brapa best....dier buat muke...last2 makan la dlm 5-6sudu kot

so, harini, mak bagi resepi beshh untuk Ammar
Breastmilk + Bubur tapis!!

hehe...say NO to formula milk and plain water! Ammar tecik lagik!
Resepi makanan bayi yang mudah!
Tak sabar nak mamam!!

Memek muka Ammar mamam BM+bubur

Sedapnyee...sampai nak abiss...!
Betapa liatnyee aku nak bagi Ammar solid food...akhirnya bagi juga selepas mengambil kira permintaan ramai...hehehe
Alhamdulillah, mudah je bagi dier makan, sbb dah lama dah dier mmg minat nak mamam!
buat masani mak cuma bagi Ammar sekali sehari dgn kuantiti yg sikit je tau!
ini untuk kenalkan ammar dengan solid food...kang tekezuut lak perut ammar
yg BEST nye...lepas makan, aku mandikan die...muka dah nak mengantuk
terusje sambung nenen lak! mcm biasa..dier tetap suke kan fresh milk mak!!




Friday, February 20, 2009

Semoga Hamison tabah menghadapinya...

Baru je dapat sms Hamison (classmate kt serting...kmkn..uum) telahpun kehilangan puterinya, Nur Irdina Afiqah jam 12 tgh hari tadi...semoga Hamison tabah menghadapinya..
sesungguhnya, setiap kejadian itu ada hikmah di sebaliknya...
Sebenarnya, mmg dah lama sangat tak jumpa and contact Chom... dulu masa kt serting mmg kami rapat...gelak tawa...lawak..sedih..berkongsi cerita...
tapi, masa telah merenggangkan kita bila masuk kmkn dan seterusnya uum
baru2 ni dapat berita anak dier masuk ICU di Hospital Sg Buloh...rasa tersentap hati ni..
jauh disudut hati, teruknyaa aku nii...dapat berita daripada member lain yg kenal Chom di kmkn...padahal akuni bertepuk tampar sejak form 4 lagi..
maaf Chom...

Thursday, February 19, 2009

Ammar dah 8 bulan!

Alhamdulillah, Ammar masuk 8 bulan harini..
mcm2 dah dier pandai buat...
suke sangat main depan tv...terpaksa switch off

Antara kemahiran paling hebatnyaa ialah:

1. berdiri sambil melepaskan sebalah tangan dan melambai2 kt arah kita...tgn satu lg pegang sofa/kabinet tv
2. meniti di tepi sofa...jalan sikit2 sambil menunjukkan muka bangganyaa...
3. berada dia antara 2 tempat dengan sekelip mata! menggunakan kaedah merangkak laju tanpa bunyi........(lagik kejar..lagik laju dier merangkak)
4. dah pandai buat eksperimen dgn pemerhatian, membelek dengan telitisesuatu objek dgn jari telunjuk dan terus masuk ke mulut untuk mengetahui bagaimanakah rasa objek tersebut..
5. dah pandai buat suara.."atah..tahh...tah", "hishh", "daah...daah...daa", "nanaaakk!!" dan paling best "aaabaah", "maaa"...itupun ikut mood diee...
6. berjaya mendudukkan diri setelah penat berdiri di tepi sofa....kalau tak tejelepuk jatuh...

berdiri di tepi kabinet tv dan menjatuhkan diri dengan cara duduk...

ini pulak main magazine Pa & Ma...mak tak abis baca lagik tuu yangg

ini pulak kelebihan luar jangkaan
1. pandai bodek kita dgn mencium muka....dan seterusnyaa menggeeegeet.....tekezutt mak oii..
2. apabila sesuatu objek di dalam mulut dan kita nak keluarkan objek tersebut...maka, dgn cepatnyaa die cuba menelan sebelum sempat dikeluarkan.....erkkk...
3. menggunakan kemahiran jari telunjuk untuk mencungkil kelopak mata, lubang hidung dan mulut abah n mak
Mak, ni masuk majalah ke gambarniii..mai tengok sikit kamera mak pakai..


kegemaran:
1. sangat beminat pada objek keras seperti remote, senduk, bekas krim, walker, laptop dan sebagainya berbanding toys yg kami beli yg lembut belaka..
2. saaangat suka pada bunyi kertas, majalah, pamplet....Pa&Ma pun abiss dikeronyok dan dikoyak2...tapi, tak boleh biar lama takut ada yg masuk mulut.
3. makan ubat mcm makan eskem
4. tepuk tangan sambil dengar lagu kegemaran
main depan tv

keistimewaan

1. menangis dengan kelansingan paling tinggi apabila terjatuh...
2. mudah mengeluarkan air mata setiap kali sebak dan menangis
3. menjerit dan menangis dengan nada tinggi serta berlagu....apabila maknye hilang dari pandangan


ukuran fizikal:
1. Berat: 9.3kg
2. Tinggi: 71cm
3. Jumlah gigi: 8 batang pada 8 bulan!


Monday, February 16, 2009

Dilema nak bagi solid food, kenapa?? fullybreastfeed tak boleh ke?

Terbaik untuk Ammar..

Dalam pada keazaman aku bagi Ammar fresh breastmilk....tercapai.. hingga umurnya 6 bulan
dengan penuh yakin, aku teruskan sehingga la harini... Aku yakin sangat dengan nikmat yg Allah beri... Susu ibu yang tiada tandingan...

Niat dlm hati mmg nak teruskan higga umur setahun.....lagik banyak aku browse kat internet...lagi banyak aku baca..lagik tinggi azamku nak teruskan sehingga umur setahun..dan seterusnyaa.... yakin..dan sangat yakin dengan nutrisi/imunisasi/zat2 yg ada pada susu ibu saaangat sesuai untuk tumbesaran bayi...

Dan ada juga ibu yang berjaya teruskan sehingga ke umur 2 tahun...MasyaAllah..aku bangkit bersemangat untuk teruskan


Firman Allah SWT:
"Dan Ibu-Ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"

(Surah Al-Baqarah: 233)




"Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya: dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika kedua-duanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang dapat dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut.

(Surah Al-Baqarah:233)

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dan telah melahirkannya dengan bersusah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.”

(Surah Al-Ahqaf, ayat 15)

Jelas disebut dalam Al-quran tentang penyusuan ibu... kenapa masih disangkal kelebihannya...

Aku disini bukan untuk menunjukkan kehebatan dan kejayaanku menyusukan bayi... Aku cuma berkongsi pengalaman dan memasang niat untuk teruskan walaupun dah lebih 6 bulan. Ada beberapa situasi yg aku alami, kadang2 menjadi dugaan untuk aku teruskan.

Situasi 1: Baru2 ni aku bawak Ammar gi HUKM untuk ujian ultrasound (sebelumni Ammar kena Urine infection dan menyebabkan kidney die membengkak) ..dan kalini...ujian dibuat lagi...tapi, mengecewakan bila didapati masih ada lagik bengkak kidney di seblah kiri tapi, berkurangan... still continue BActrim (antibiotic) setiap malam

Situasi 2: Bila doc paed suggest untuk start solid food....sbb baby dah ready dan untuk melengkapkan zat yang diperlukan oleh baby.....owh, doc juga bgtau takut2 susuibu tak cukup zat untuk baby pd umur skrg.... sedihnya dengar

Situasi 3: Majalah Pa & Ma plak kebetulan citer pasal solid food diberi pada umur 6bulan..

Situasi 4: sejak 2-3 bulan ni Ammar kena ruam-ruam di leher/badan dan muka.... mcm eczema, kdg2 kulit dier ok...kdg2 kena balik...

Situasi 5: Ramai kesiankan Ammar sbb tak bg makan lagi...kesian tengok org dewasa makan..terkulat2 dier...huh...kejam kee akuu niii??

Situasi 6: Family aku pun banyak kali tanya bila nak bagi Ammar makan.. sorangje yg sokong aku iaitu Acik

"eh..anak ko tak makan lagik?? patut bagi makan tuuu..sian kat die..." itu adalah ayat2 yg biasa aku dengar...

Bila baca situasi tuu....mesti ada yg fikir.."huh..minum susu badan...tapi, kena infection gak...kena eczema gak..kidney pun bengkak gak... anak aku susu formula jee...ok je..sihat"

mungkin ada jugak yg terfikir..."eee degilnyee takmo dengar cakap org2 tua yg ada pengalaman...akuni anak ramai tak kisah pun benda-benda remeh camni" ooo...tapi, mak Ammar saaangat kisah!

Tolonglaah..tolonnglaa...aku cuma nak bagi yg terbaik untuk Ammar...dan apa yg menyebabkan aku masih liat nak bagi Ammar makanan tambahan:

1. Allah mengurniakan aku susu yg banyak dan cukup untuk Ammar minum dan dapat khasiatnye...(selang sejam Ammar menyusu kecuali sebelah malam je gap lama)

2. Aku duk umah je pun..bukan kena keluar keje....kenapa aku nak lepaskan peluang keemasan ini untuk susuibu sepenuhnyaa.... bukan nak kejar apa pun

3. Ultrasound test menunjukkan masih ada lagik bengkak pada kidney Ammar....laagiila aku takut nak bagi dier makan.... mcm mana nak paksa buah pinggang dier nak proses makanan...dan aku masih lagik ragu2 dgn air yg kita masak tuu...

4. Ada beberapa tanda2 perkembangan bayi apabila dier dah bersedia untuk makan, tapi, Ammar masih belum sepenuhnya memenuhi syarat2 tuu...Ammar belum boleh duduk dengan sendiri

5. Bila start makan, pastinya Ammar kurang menyusu..dan tidak seperti selalu.... badanku dah dapat signal bahawa tak perlu produce banyak susu...sayangnyee....

6. Aku tak buat EBM stok ok.....sbb aku duk umah..fridge pun penuh dengan lauk2..tak sesuai..

mungkin ada banyak lagi alasan yg masih dlm kepala nii tapi, tak terluah...

fahamilah...tolonglah..jangan pertikaikan niat baik seorang ibu.... jangan lah anggap aku ni degil...sampai hati...atau egois...

Aku cuma mahu berikan yang terbaik untuk Ammar......

Thursday, February 12, 2009

Kalau macam tu..bila nak bagi Ammar solid food?

Ini ada beberapa tanda-tanda perkembangan bayi yang bersedia untuk solid food

1. Baby boleh duduk tegak tanpa bantuan...
2. Baby pandai mengawal lidah dan menelan
3. Pandai mengunyah
4. Pandai mengutip objek/makanan
5. Saangat berminat time org dewasa makan, dan pandai ambik objek masuk ke mulut..

nyummy..nyummy!
"Ammar dah ready!...semua kat atas tuu Ammar dah pandai..hehe
so, bila lagi ni mak!??"

hehehe...
"selagi ammar membesar dengan baik, berat ok, ammar sihat, selagi tu Ammar kena minum susu mak...hihihi" itulah jawapan mak...

Kenapa Ammar tak makan solid food lagi??

Hi, ya....betul..ammar blum pun makan apa kecuali susu maknye yg sedap dan berkhasiat ini..
kenapa yek...?
pd awalnye mmg ada rasa ragu2..nak bg ke tak..nak bg ke tak....terutamanya bila dah sampai 6 bulan...
Alhamdulillah...ada internet ni..ada byk article kita leh baca untuk tahu jawapannye

WHO sarankan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan... kemudian baru kenalkan baby dgn solid food. tapi, ada juga doktor rekemen untuk delay solid food terutama jika ada sejara allergik dikalangan keluarga..

Kenapa nak lambatkan bagi solid food?
1. Melindungi bayi anda daripada sebarang penyakit
Susu badan mengandungi 50++ imunisasi yg diketahui.... mungkin banyak lagi yg belum ditemui. Susu badan juga merupakan imunisasi yang terbaik untuk bayi anda

2. Tunggu hingga sistem penghadaman menjadi matang
kalau bg sebelum sistem penghadaman baby matang, mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan pada baby...sakit poyut ke...pedih hati... (kita manala tau kan)

3. Mengurangkan risiko allergik makanan
Ammar pun mmg allergik kalau maknye makan seafood/ayam/telur/blackpepper...jadik merah muka die..
cian die nanti...

4. Melindungi baby drpd iron-deficiency anemia
ada kajian mengatakan, baby yg minum susu ibu secara eksklusif untuk jangka masa 6-9 bulan menunjukkan paras hemoglobin dan iron yg normal di dalam darah

5. Melindungi baby daripada obesiti bila dah besar nanti
huhu...skrgni ramai kanak2 yg obes kan....
dahler mak n abahnyee dah terlebih berat badan..anak kuu tidaakk lagiii

6. Membantu ibu mengekalkan pengeluaran susu
yelah...kalau dah baby mula makan..mesti minum pun kurang...jadi, pengeluaran susu pun tidak byk seperti selalu...sayangnyee..
ammar kerap menyusu...ermm ><>7. salah satu cara untuk merancang
yupp....mmg sahih! sbb sampai la nii belum pun dtg period.. ;) kire dalam zon selamat laa..insyallah..hehe
senang kan..takyah telan pil

8. Baby lebih mudah terima solid food...dapat kurangkan allergik

source: Kelly mom

psstt...psst: Mak Ammar takdela terel naa pasal breastfeed nii...cuma sekadar berkongsi info untuk kengkawan ssemuaa.....

Friday, February 6, 2009

The Carnival, Sungai Petani, Kedah

Cuti-cuti Malaysiaaa.....

first time kitorang gi waterpark kt The Carnival, Sg. Petani
yuran masuk...RM25 dewasa....kanak2 kalau x silap RM18 kot..
saja kan...ambik angin.bawak family..ramai2 meriah kan
mcm biasala kan....blogni meriah dgn gambar2 hehehe....
Kitorang sampai tuu hujan renyai2...dah tgh hari....Ammar mmg time tido die...
kenala ikut mood die kan....
dodoi tangan sampaila die tidur...huh..lama gak...seronok kot..
Mak tok pun ada jugak...bergambar dgn anak kesayangan diee.....keh..keh..keh

mmg seronok..tempat baru kan...rasa mcm nak join mandi je...

yang paling best.....tang nii laa....hehe.. Ammar dah bangun, cuma tanggalkan baju..konon2 nak mandi la....
tapi , tak blehh....ammar kecitt lagik....nanti naik ruam muka tak sabar nak mandi..dan nak join sekali main gelongsor air....yg main tuu adalah mak chak dan anaknyeee..hhehe
tengok org mandi..sampailaa mengantuk balik...
bg abah dukung pulak.....
ni pulak family pak chak Ammar.....Abg Chak, Angah, Khadijah dan Adam
sampai lewat ptg jugak kami kt situ..
balik pun tsilap jalan...nak keluar highway tak jumpe2..kekeke...seronok sgt mandi..
jalan balik tak ingat...hehe

Thursday, February 5, 2009

Balik Kampung Seberang, Riadah kat Tasik Jitra

Cerita ni sebenarnya masa cuti CNY baru2 nii...
biasala kan..kalau cuti lama sikit, mmg kami balik kg kt Jitra, Kedah
biasanya ambik masa 5-6jam .....dan kami jarang berhenti lama2 kt hentian rehat...
sbb ammar syok je tidur, kesian la nak gerak die...
selagi dier tidur...selagitu kami tak berhentii..hehe

makan pun kadang2 dalam kereta...gilir2 untuk pegi toilet...
nak makan pun ikut giliran...hehehe

ammar dah pandai nak main stering kereta....siap main signal ngan wiper lg tuu...pandai jee tiru abah diiee...
masa kt kg biasala kan....apa yg paling best tentula pasa MAKAN!! sbb maktok n tok ayah ammar mmg pandai masak..... sebut je Nasi Tomato, beriani, nasi ayam...mcm2 nasikla... mmg nyum2... balik kalini mak tok buat nasi ayam...kami mmg seronoklaa..makan
sbb tu kami satu family size XL (termasuk la ammar sbb dia pakai pampers size XL)..hehe...
asalkan nak diet je.....tak kesampaian sbb tergoda ngan makan2 nii...hehe

ptg2 pulak bawak ammar gi jalan2 kt Tasik Jitra, ermm seronok situu..rasa tenang jee....
dan kat sini jugak kami buat outdoor shooting masa sambut menantu kt Jitra

kamini..kalau gi mana2 mmg seronok bawak ramai2 anak menakan
rasa meriah..so, atas tu family abg ipar yg sulong.... 4 org beb...meriahje..
owh..yg pakai tudung sorangtuu bukan anak menakan kami yee...itu laa maknye...hhehe
maintain slim n jelita.....
ramai jugk orang duk sapa ammar...tanya brapa bulan...oohh.comeynyee....ooo tembam nyee
huhu...kalau bab tembam tuu mungkin jugak ditujukan kpd mak ammar..hehe
kire..glamer sekejap laa ammar...dan maknye jugak inteprem sekali...

suke gambar nii...jarang kami dpt ambik gambar bertiga....
sib baik ada bang chak....leh jadik photographer kami...
Abah: jangan buang sampah di dalam longkang ye Ammar...
masuk poket dulu, bila jumpe tong sampah baru buang tau..
Ammar: Abah, Ammar bukn nak tengok longkang,
tapi, bila kita naik kenu, takpun naik itik kayuh2 tuuu....

Wednesday, February 4, 2009

Ammar new look!

Sebenarnya lama dah ammar dibotakkan kepala....b4 CNY lagi.
time balik kg ke rembau...nekad cukur rambut dier..
so, ni kali kedua la kitorang cukur rambut ammar (dulu masa umur 26hari)
jom layan gambar ammar b4 n after..hehe
camne?? mana lagi hensem?
muka cuak je dia...cian...
bukan abah ammar yg cukur..tapi, pakcik ammar dan yg pegang tuu acik
dalam pada cuak tu..sedap jugak.dah le kepala gatal2
lepas botakkan kepala die..mandi dan terus bawak jalan kat luar rumah
hirup udara segar kampung
balik CNY aritu....kt JItra.. mak tok ngan to ayahnyee tekezutt tengok cucu die dah botak...hehe
biasanya kami selalu mms kt tok ayah atau mak tok gambar ammar...tapi,lepas botak tuu mmg tak pnah hantar laa... surprisee!!
cian cucu tok ayah..hehe
apa kelebihan ammar botak:
  • senang nak mandikan die...
  • muka mcm baby...
  • jimat syampu..hehe
  • rambut tumbuh sekata je....sbb selepas cukur jambul dulu mmg tak pnah gunting rambut die.. ada panjang..ada pendek

apa yg keciannyee...

  • abah kata ciann kat ammar....
  • ada yg cakap ammar cute lagik ada rambut...(takpe..nanti tumbuh la tuuu)

Tuesday, February 3, 2009

Change your wallpaper now! hehe

sukee laahh...kalau tukar2 wallpaper nii
tangan tu mesti gataii je nak edit gambar ammar...pastu ikut size desktop (1280X800)
ni yg terbaru...
BW effect dan adjust level sikit



gambar original yg nii...

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie - Personal pictureLilypie