Monday, February 16, 2009

Dilema nak bagi solid food, kenapa?? fullybreastfeed tak boleh ke?

Terbaik untuk Ammar..

Dalam pada keazaman aku bagi Ammar fresh breastmilk....tercapai.. hingga umurnya 6 bulan
dengan penuh yakin, aku teruskan sehingga la harini... Aku yakin sangat dengan nikmat yg Allah beri... Susu ibu yang tiada tandingan...

Niat dlm hati mmg nak teruskan higga umur setahun.....lagik banyak aku browse kat internet...lagi banyak aku baca..lagik tinggi azamku nak teruskan sehingga umur setahun..dan seterusnyaa.... yakin..dan sangat yakin dengan nutrisi/imunisasi/zat2 yg ada pada susu ibu saaangat sesuai untuk tumbesaran bayi...

Dan ada juga ibu yang berjaya teruskan sehingga ke umur 2 tahun...MasyaAllah..aku bangkit bersemangat untuk teruskan


Firman Allah SWT:
"Dan Ibu-Ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"

(Surah Al-Baqarah: 233)




"Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya: dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika kedua-duanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang dapat dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut.

(Surah Al-Baqarah:233)

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dan telah melahirkannya dengan bersusah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.”

(Surah Al-Ahqaf, ayat 15)

Jelas disebut dalam Al-quran tentang penyusuan ibu... kenapa masih disangkal kelebihannya...

Aku disini bukan untuk menunjukkan kehebatan dan kejayaanku menyusukan bayi... Aku cuma berkongsi pengalaman dan memasang niat untuk teruskan walaupun dah lebih 6 bulan. Ada beberapa situasi yg aku alami, kadang2 menjadi dugaan untuk aku teruskan.

Situasi 1: Baru2 ni aku bawak Ammar gi HUKM untuk ujian ultrasound (sebelumni Ammar kena Urine infection dan menyebabkan kidney die membengkak) ..dan kalini...ujian dibuat lagi...tapi, mengecewakan bila didapati masih ada lagik bengkak kidney di seblah kiri tapi, berkurangan... still continue BActrim (antibiotic) setiap malam

Situasi 2: Bila doc paed suggest untuk start solid food....sbb baby dah ready dan untuk melengkapkan zat yang diperlukan oleh baby.....owh, doc juga bgtau takut2 susuibu tak cukup zat untuk baby pd umur skrg.... sedihnya dengar

Situasi 3: Majalah Pa & Ma plak kebetulan citer pasal solid food diberi pada umur 6bulan..

Situasi 4: sejak 2-3 bulan ni Ammar kena ruam-ruam di leher/badan dan muka.... mcm eczema, kdg2 kulit dier ok...kdg2 kena balik...

Situasi 5: Ramai kesiankan Ammar sbb tak bg makan lagi...kesian tengok org dewasa makan..terkulat2 dier...huh...kejam kee akuu niii??

Situasi 6: Family aku pun banyak kali tanya bila nak bagi Ammar makan.. sorangje yg sokong aku iaitu Acik

"eh..anak ko tak makan lagik?? patut bagi makan tuuu..sian kat die..." itu adalah ayat2 yg biasa aku dengar...

Bila baca situasi tuu....mesti ada yg fikir.."huh..minum susu badan...tapi, kena infection gak...kena eczema gak..kidney pun bengkak gak... anak aku susu formula jee...ok je..sihat"

mungkin ada jugak yg terfikir..."eee degilnyee takmo dengar cakap org2 tua yg ada pengalaman...akuni anak ramai tak kisah pun benda-benda remeh camni" ooo...tapi, mak Ammar saaangat kisah!

Tolonglaah..tolonnglaa...aku cuma nak bagi yg terbaik untuk Ammar...dan apa yg menyebabkan aku masih liat nak bagi Ammar makanan tambahan:

1. Allah mengurniakan aku susu yg banyak dan cukup untuk Ammar minum dan dapat khasiatnye...(selang sejam Ammar menyusu kecuali sebelah malam je gap lama)

2. Aku duk umah je pun..bukan kena keluar keje....kenapa aku nak lepaskan peluang keemasan ini untuk susuibu sepenuhnyaa.... bukan nak kejar apa pun

3. Ultrasound test menunjukkan masih ada lagik bengkak pada kidney Ammar....laagiila aku takut nak bagi dier makan.... mcm mana nak paksa buah pinggang dier nak proses makanan...dan aku masih lagik ragu2 dgn air yg kita masak tuu...

4. Ada beberapa tanda2 perkembangan bayi apabila dier dah bersedia untuk makan, tapi, Ammar masih belum sepenuhnya memenuhi syarat2 tuu...Ammar belum boleh duduk dengan sendiri

5. Bila start makan, pastinya Ammar kurang menyusu..dan tidak seperti selalu.... badanku dah dapat signal bahawa tak perlu produce banyak susu...sayangnyee....

6. Aku tak buat EBM stok ok.....sbb aku duk umah..fridge pun penuh dengan lauk2..tak sesuai..

mungkin ada banyak lagi alasan yg masih dlm kepala nii tapi, tak terluah...

fahamilah...tolonglah..jangan pertikaikan niat baik seorang ibu.... jangan lah anggap aku ni degil...sampai hati...atau egois...

Aku cuma mahu berikan yang terbaik untuk Ammar......

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie - Personal pictureLilypie