Friday, February 25, 2011

Update 2011??

Salam..

fuh lama gile tak tengok blog sendiri...hehe..
apakan lagi nak update lak...
semua ni gara2 penangan fb..yg lebih senang nak hapdet

bayangkanlah sejak umur ammar masuk setahun dan skrgni dia dah nak masuk 3thn
dan aku lak dah dpt sorang baby girl...hehe..
cuma update blog dlm hati je laa...hehhe

ini pun sbb nak try template baruje kat sini...sebelum apply kat manjakuhappy blog
selama ni tak pernah pun rasa nak ubah template manjakuhappy sbb dah concentrate dgn manjakuhappy.com

tetiba lak arini rasa template baru sgt membantu....takdela terhegeh2 lagi nak gi html widget nak edit apa yg aku nak...nampaknye manjakuhappy blog perlukan pembaharuan..

adiozz

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Assalamualaikum wbt

Kami sekeluarga Dina,Azraf dan Ammar mengucapkan
Selamat menyambut bulan Syawal dan memohon ampun dan maaf sekiranya
ada silap dan salah. Semoga perjalanan pulang ke kampung selamat sampai begitu juga dengan kalian semua. Minta dijauhkan segala penyakit berjangkit sepanjang ziarah menziarahi sanak saudara. SELAMAT HARI RAYA!

Thursday, August 13, 2009

H1N1 APA Yang PErlu KITA Tahu

[h1n1.htm]

Apa itu H1N1?

viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

Jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.

Virologi virus H1N1 incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.

Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi.

Siapa yang berisiko

1.orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemok

2. perempuan yg mengandung

3 .orang yg ada astmatic

4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas

Simptom2

day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya

day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)

day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

day 4 - sakit dada yg teruk....... .jumpa doktor dengan segera..... .

day 5 and above lung collapse @ koma

Langkah2 kawalan

1 - golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2 - menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 - elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 - jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 - jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)

6 - utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.

7 - jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 - jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

9 - tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!! !!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10 - vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11 - utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 - tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini.

Sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.Amin.

Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m'siadi Pan Pasific Klia pada 01.08.2009.

Tuesday, August 4, 2009

Hatiku sayuu....

Tgh wat keje, ammar pulak baring2
tak lama lepastu....dah tidur...
sayuu jee aku rasa... ammar tidur sendiri..
maybe dier tau mak nye bz sikit...



Wednesday, July 1, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in CAR SEAT Contest

First time ammar guna car seat

Nama penuh saya Ammar Aqlan bin Azraf. Saya lahir pada 19 Jun 2008 .
Umur saya sudah satu tahun!! yeay!
Saya suka naik kereta! Sangat-sangat suka!
Kalau balik kampung ke Kedah lagi saya suka, sebab boleh duduk dalam kereta lama-lama.
Tapi, semenjak mak belikan saya car seat..tak sukanya saya...tak suka! tak suka! tak suka!
Dah tak boleh tekan-tekan button radio dan baling-baling cd lagi. owh..bukan cloth diapers ye...tapi cd lagu..hihihihi

first time saya duduk dalam car seat, umur saya 5 bulan.
saya boleh tahan selama 1 jam! yeay!
Mak kata saya budak baik!
tapi, mak pulak yang mabuk dan pening-pening duduk kat belakang..
Yeay! ada peluang untuk baling cd lagi!!


Hi! Saya Dina, mak Ammar yg sedar tentang kepentingan car seat, dan berjaya membeli car seat walaupun agak lewat. TETAPI, malangnye....boleh dikira dgn jari je berapa kali Ammar duduk dlm car seat..huhu
sbbnya bila travel jauh sikit, saya dah mula mabuk dan pening.. dah cuba juga beberapa kali duduk kat belakang..huhuuhu....last2 duduk depan dengan Ammar

Bila terbaca contest di Mombloggersplanet
sempena kempen "baby car seat'
saya terpanggil untuk menyertai peraduan ni dan untuk mengingatkan kepada diri sendiri kepentingan baby car seat

mungkin video ni boleh mengingatkan saya dan semua ibu tentang kepentingan penggunaan kerusi keselamatan bayi


dan isunya, adakah cara kita memasang car seat itu dengan betul? dengan siapakah kita perlu rujuk untuk memastikan pemasangannya adalah betul?


dan isu ke 2, Bagaimana kita nak tahu car seat tersebut adalah memenuhi piawaian? Saya masih lagi ragu-ragu hal ni, ada pelbagai brand dan harga yg di jual di MAlaysia. Selamatkah digunakan?
Untuk imported brand seperti Maxi-cosi dan Graco, harganya mencecah ribuan ringgit!

Saya harap melalui kempen dan memasuki peraduan ini, saya mengingatkan diri saya semula!

" AMMAR MESTI DUDUK DALAM CAR SEAT!!"
tak kira jauh ataupun dekat perjalanan kami...



Peraduan ini dibawakan oleh:
PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my

Tuesday, June 30, 2009

AWARD baru

Wahh...dapat award daripada Alyn yg aku kena time buat Manjakuhappy Giveaway
Peraturan nye ialah:

* Kena letak award ni di blog
* Bagi award ni kepada 10 blogger yang rapat dengan anda atau yang anda suka/minat atau yang anda senangi dan memberi inspirasi kepada anda (ada ke kwn2 aku yg sudi nk amek dr aku nih)
* Memberitahu penerima award ni dengan memberikan komen di blog mereka
* dan sesiapa yg dah amek award ni....sila tinggalkan komen anda di entry ini.....timaseh

Aku bagi award ni kepada
1. Sal-sutera biru
2. Cwa
3. Surina
4. Ummu_umar
5. Jama-kalau ko baca blog aku ni ye
6. Pemenang pertama giveaway manjakuhappy
7. Pemenang kedua manjakuhappy giveaway
8. Aku bagi award yg sama pada tuan punya alyn..kekeke
9. Nurul UKM-eh ko dah ada blog kan..leh la kasik ni
10. Seriyess la otak tepu dah...sapa2 boleh ambik award ni okey

nanti aku masukkan kat blog korang inform yeahh

Sunday, June 28, 2009

Sunah Tahnik



Di sini aku kongsikan artikel mengenai tahnik. Selepas menGoogle, akhirnya aku jumpa satu artikel drpd blog http://albaruhiyy.wordpress.com/2008/10/25/sunah-tahnik/
dan quote kat sini. Banyak maklumat yg aku perolehi drpd artikel ni. Ia ringkas dan bagus. Dan juga aku kongsikan Gambar Ammar semasa tahnik.

Anak adalah anugerah Allah s.w.t. yang berharga di dunia ini. Ramai kalangan pasangan yang berkahwin menanti saat berbahagia seperti ini iaitu saat kehamilan isteri dan kelahiran anaknya. Apabila si anak telah lahir, Islam menggariskan pelbagai perkara sunnah yang mana ibu bapa dituntut melakukannya. Selain daripada melakukan ibadat akikah, mencukur rambut bayi kemudian bersedekah mengeluarkan emas atau nilainya dengan kadar

timbangan rambut tersebut, azan di telinga bayi, memberi nama yang baik, terdapat satu amalan yang juga disunatkan yang ingin saya kongsi bersama dalam ruangan kali ini. Amalan tersebut ialah amalan tahnik. Apakah dia tahnik? Mungkin jarang orang mengetahui maksud tahnik dan bagaimana hendak melakukan tahnik.

Dalam istilah orang kampung negeri kelahiran saya, biasanya dipanggil amalan “belah mulut”. Apa pun namanya, ia merupakan satu perkara yang sangat dituntut. Tahnik dari segi bahasa ialah lelangit di dalam mulut.(al-Marbawi, Kamus Idirs al-Marbawi : 153). Pakar bahasa menyebut maksud amalan tahnik ialah dikunyah akan buah tamar atau

seumpamanya lantas digosok tamar tersebut pada lelangit mulut bayi. (al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 1/462). Ia merupakan sunnah nabi yang perlu dilakukan oleh seseorang terhadap bayinya. Para ulama bersepakat mengatakan tahnik sunat dilakukan. Barangsiapa yang melakukannya, maka baginya pahala, sebaliknya barangsiapa yang tidak melakukannya, ia tidak berdosa. Ia seperti juga hukum akikah, ia adalah sunah bukan wajib.

Tahnik afdal dilakukan dengan buah tamar. Jika tiada tamar, boleh gunakah rutob (tamar muda). Jika tiada juga, boleh gunakan sesuatu makanan yang manis tetapi madu yang manis lebih awla daripada makanan lain. Dan jangan menggunakan makanan yang telah dimasak. Seeloknya, dibukakan sedikit mulut bayi supaya ia boleh menelan buah tamar tersebut. Tujuan tahnik mengikut ulama adalah melatih bayi untuk makan dan menguatkannya. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 15/390).


Anas bin Malik menceritakan, aku telah membawa Abdullah bin Abi Talhah ketika beliau

dilahirkan kepada Rasulullah s.a.w. ketika baginda memakai jubah (aba’ah) sambil menginaikan untanya. Lantas baginda bertanya : “Adakah kamu mempunyai buah tamar?” Aku menjawab, ya.Lalu aku menghulurkan beberapa biji buah tamar, dan Rasulullah s.a.w. memasukkan ke dalam mulutnya. Lalu baginda mengunyahnya kemudian membuka mulut baginda dan mengeluarkan semula tamar yang dikunyah dan diletakkan ke mulut bayi itu. Lantaran itu bayi tersebut menggerakkan lidahnya meghisap tamar tersebut. Kemudian baginda menyebut : “Yang disukai orang ansar ialah tamar dan namakannya dengan nama Abdullah”. (HR Muslim 3995, Lihat al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 7/269). Hadis ini menunjukkan sunnah tahnik bayi yang baru dilahirkan dan ia adalah sunnah sebagaimana ijmak ulama. Ia juga menunjukkan afdal melakukan tahnik dengan buah tamar

Bilakah sunat dilakukan tahnik? Adakah sebaik sahaja kelahiran atau perlu menunggu hari ketujuh?. Al-Bukhari membuat satu bab khusus dalam kitab sahihnya iaitu “Bab menamakan bayi dan mengtahniknya petang kelahirannya sekalipun belum dilakukan akikah”. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 15/390). Bermakna sekiranya bayi tersebut lahir pada pertengahan siang hari, tahnik boleh dilakukan selepas waktu tengahari pada hari kelahirannya. Ini yang dapat difahami melalui bab yang dibuat oleh al-Bukhari. Disebutkan dalam al-Majmuk, bahawa sunnah melakukan tanhik dengan tamar kepada bayi ketika dilahirkan. Maksudnya hari kelahiran (al-Nawawi, al-Majmuk 8/443). Bahkan tujuan atau hikmah tahnik sebagaimana disebut ulama ialah bertujuan untuk melatih bayi makan atau minum. Oleh itu, ia perlu disegerakan pada hari kelahirannya dan tidak perlu ditangguhkan sehingga hari ke tujuh sebagaimana yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Melayu di sini.

Dalam negara kita, kebiasaanya orang awam suka meminta tolong para ustaz atau alim ulama melakukan tahnik kepada anaknya. Mereka mungkin menganggap ini adalah satu sunnah atau mungkin kerana mereka inginkan keberkatan ustaz tersebut. Suka saya kemukakan di sini, bahawa apa yang dilakukan oleh para sahabat dengan membawa anak mereka berjumpa Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah melakukan tahnik kepada bayi tersebut adalah suatu perkara yang mulia. Ini kerana Rasulullah s.a.w. mempunyai keberkatan pada diri atau zat baginda. Manakala selain daripada Rasulullah s.a.w. berlaku khilaf di kalangan ulama. Pendapat yang agak kuat lebih cenderung kepada keberkatan zat hanya ada pada para nabi dan rasulalaihimussolatuwassalam.

Ya, ada nas-nas daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang juga menunjukkan bahawa wujud benda-benda yang diturunkan keberkatan oleh Allah kepadanya. Sama ada tempat, masa atau makhluk-makhluk dari kalangan manusia. Sheikh Soleh bin Abdul Aziz (Lihat al-Tamhid, hlm 125-127) menjelaskan, berkat yang dijadikan oleh Allah ada dua bahagian : i. Berkat pada tempat atau masa. Seperti Allah Taala memberkati Baitillahilharam dan memberkati kawasan sekeliling Masjidil Aqsa. Maksud berkat di sini adalah dari segi makna dalaman, iaitu ada kebaikan yang banyak dan berkekalan di dalamnya. Dengan kata lain, keberkatannya adalah untuk tujuan beribadat padanya. Begitu juga keberkatan pada masa atau waktu. Allah memberkati bulan Ramadan dengan makna barangsiapa yang melaksanakan ibadat setulusnya dalam bulan ini, nescaya akan mencapai kebaikan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda. ii. Berkat pada manusia. Iaitu berkat yang dijadikan Allah pada diri orang-orang mukmin. Dimulai oleh berkat pada diri Rasulullah s.a.w. dan para nabi serta rasul-rasul alaihimussalam. Berkat mereka adalah berkat pada zat, iaitu jasad dan tubuh mereka adalah berkat. Manakala selain daripada mereka, keberkatan orang yang beriman bukan pada zat mereka. Berkat pada mereka merujuk kepada berkat amalan, keimanan, ilmu dan dakwah mereka.

Dalam masalah tahnik, seeloknya bapa atau ibu atau ahli kelaurganya yang lain seperti datuk atau nenek kepada bayi itu sendiri yang melakukan tahnik. Adapun jika seseorang ingin juga meminta para ustaz atau ulama melakukan tahnik kepada bayinya, nasihat saya janganlah sampai menganggap kerana zat air liur atau tangan ustaz tersebut boleh membawa berkat kepada anaknya. Sekalipun ada ulama yang mengatakan sunat diminta kepada orang alim atau soleh melakukan tahnik untuk anak kita (Lihat al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 1/462), namun perkara tersebut ditolak oleh ulama lain. Al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis Anas bin Malik di atas menyebut beberapa pengajaran hadis tersebut. Antaranya beliau menggariskan sunat dilakukan tahnik oleh orang soleh lelaki atau wanita dan boleh tabarruk dengan kesan-kesan orang soleh. (al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 7/269).

Tetapi jika kita melihat hadis-hadis atau athar para sahabat, selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. tiada satu pun cerita yang diriwayatkan mengisahkan orang ramai berjumpa para sahabat besar seperti Abu Bakr, Umar, Uhtman, Ali dan lain-lain untuk meminta mereka melakukan tahnik kepada bayi-bayi yang baru dilahirkan. Ini jelas membuktikan bahawa perbuatan meminta orang-orang soleh atau alim ulama melakukan tahnik tidak dilakukan oleh para al-salaf al-soleh. Justeru,bapa atau ibu kepada bayi tersebut boleh melakukan sunnah tahnik sendiri tanpa perlu pergi mencari ustaz-ustaz untuk melakukannya.

Selain itu, perkara lain yang ingin dikongsi bersama ialah berkaitan melakukan tahnik dengan menggunakan air zam-zam. Dalam hadis-hadis, kesemuanya menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. hanya menguyah buah tamar apabila melakukan tahnik. Apakah terdapat dalil yang mengharuskan kita menggunakan air zam-zam ketika tahnik. Dalam kitab Akhbar Makkah karangan al-Fakihi, beliau membawa satu athar yang mursal daripada Ata’ bahawa Habib berkata kepada Ata’, aku perlu membawa air zam-zam? Jawab Ata’ : Ya, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. membawa air zam-zam dalam botol lalu mengtahnikkan Hasan dan Husain dengannya menggunakan tamar ajwah. (al-Fakihi, Akhbar Makkah 3/198). Walaupun hadis ini mursal, namun ia masih disokong oleh dalil-dalil umum yang menjelaskan kewajaran mengambil berkat dengan air zam-zam, atau berubat dengannya. Maka bagi penulis, tidak menjadi kesalahan menggunakan air zam-zam untuk melakukan tahnik.

Ini adalah beberapa perkara penting yang perlu diketahui oleh orang ramai berkaitan sunnah tahnik. Mudah-mudahan sunnah yang kita lakukan dengan niat ikhlas mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t. Amin

video

Ammar lahir pada hari Khamis (19 June 2008), masa buat tahnik ni adalah hari sabtu (3hari selepas Ammar lahir). Dilakukan oleh Ustaz Rashid di Darushifa.
Tahnik tak semestinya dilakukan oleh alim ulama. Juga boleh dilakukan dikalangan keluarga kita. Kebetulan darusyifa dekat dgn rumah aku..dan rasa sejuk aje hati bila melangkah masuk ke perkarangan darusyifa..

Ammar pun baik dan tak nangis langsung time ni. walaupun lama menunggu, dier lena je tidur walaupun azan asar bergema.

Aku dah prepare lama dah bahan-bahannya time aku pregnant lagik iaitu Kurma (yg lembut), Air Zam zam dan Madu

video
Pengalaman kedua berjumpa dgn Dato' Dr Harun Din adalah pada umur Ammar yg ke-26 hari. timeni sebenarnya tujuan untuk perubatan secara Islam. Ammar kena urine infection dan buah pinggang dier bengkak time tu. Kebetulan Ustazah yg bertugas tanya nak buat tahnik ke..
Aku pulak mmg takde nye bawak apa2... Nasib baik b4 tu ada baby girl yg buat.
So, guna la baby tu punya peralatan....
Siapalah nama baby tu ye..hehe.. Baby Girl tauwww...jeng..jeng..jeng

Wah best, special ada bekas tembaga lagi..cantik!
Ada 3 bekas, untuk Air zamzam, kurma (dah dilecek) dan madu
time ni tak de plan apa2. sib baik ada la kamera henpon, bolehla record sikit2
Ustaz kata, "Masya Allah..Masya Allah" mmg sedap je ammar menelan kurma tu..hehe
Ustaz pun lawak juge..."eee...dah lama tak makan ni"
hehe mmgla ustaz, dier minum susu ibu aje....hehhe

apa2pun..tenkiuww to anyah dan ikhwan tolong ambik kan nomborr!!
Ammar cayang korang!

Setiap kali aku melangkah darusyifa, terimbau dengan dosa-dosa lalu. Kadang-kadang aku rasa jahil...banyak lagi yg aku taktau dan perlu dipelajari. Semoga aku tak terus alpa dan leka.
Aku berdoa bukan shaja Ammar jadik anak yg soleh, tapi kami satu family juga ingin menjadi orang yang soleh!