
Wednesday, September 16, 2009
Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Thursday, August 13, 2009
H1N1 APA Yang PErlu KITA Tahu
Apa itu H1N1?
viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.
Jangka hayat virus
Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.
Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.
Apa yg perlu tahu ?
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.
Virologi virus H1N1 incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.
Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
Cara serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi.
Siapa yang berisiko
1.orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemok
2. perempuan yg mengandung
3 .orang yg ada astmatic
4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas
Simptom2
day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 - sakit dada yg teruk....... .jumpa doktor dengan segera..... .
day 5 and above lung collapse @ koma
Langkah2 kawalan
1 - golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)
2 - menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3 - elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
4 - jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 - jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)
6 - utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.
7 - jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 - jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.
9 - tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!! !!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.
10 - vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.
11 - utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12 - tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini.
Sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.Amin.
Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m'siadi Pan Pasific Klia pada 01.08.2009.
Tuesday, August 4, 2009
Hatiku sayuu....
Wednesday, July 1, 2009
MomBloggersPlanet Cutest Baby in CAR SEAT Contest


Tuesday, June 30, 2009
AWARD baru

* dan sesiapa yg dah amek award ni....sila tinggalkan komen anda di entry ini.....timaseh
Sunday, June 28, 2009
Sunah Tahnik

Anak adalah anugerah Allah s.w.t. yang berharga di dunia ini. Ramai kalangan pasangan yang berkahwin menanti saat berbahagia seperti ini iaitu saat kehamilan isteri dan kelahiran anaknya. Apabila si anak telah lahir, Islam menggariskan pelbagai perkara sunnah yang mana ibu bapa dituntut melakukannya. Selain daripada melakukan ibadat akikah, mencukur rambut bayi kemudian bersedekah mengeluarkan emas atau nilainya dengan kadar
timbangan rambut tersebut, azan di telinga bayi, memberi nama yang baik, terdapat satu amalan yang juga disunatkan yang ingin saya kongsi bersama dalam ruangan kali ini. Amalan tersebut ialah amalan tahnik. Apakah dia tahnik? Mungkin jarang orang mengetahui maksud tahnik dan bagaimana hendak melakukan tahnik.
Dalam istilah orang kampung negeri kelahiran saya, biasanya dipanggil amalan “belah mulut”. Apa pun namanya, ia merupakan satu perkara yang sangat dituntut. Tahnik dari segi bahasa ialah lelangit di dalam mulut.(al-Marbawi, Kamus Idirs al-Marbawi : 153). Pakar bahasa menyebut maksud amalan tahnik ialah dikunyah akan buah tamar atau
seumpamanya lantas digosok tamar tersebut pada lelangit mulut bayi. (al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 1/462). Ia merupakan sunnah nabi yang perlu dilakukan oleh seseorang terhadap bayinya. Para ulama bersepakat mengatakan tahnik sunat dilakukan. Barangsiapa yang melakukannya, maka baginya pahala, sebaliknya barangsiapa yang tidak melakukannya, ia tidak berdosa. Ia seperti juga hukum akikah, ia adalah sunah bukan wajib.
Tahnik afdal dilakukan dengan buah tamar. Jika tiada tamar, boleh gunakah rutob (tamar muda). Jika tiada juga, boleh gunakan sesuatu makanan yang manis tetapi madu yang manis lebih awla daripada makanan lain. Dan jangan menggunakan makanan yang telah dimasak. Seeloknya, dibukakan sedikit mulut bayi supaya ia boleh menelan buah tamar tersebut. Tujuan tahnik mengikut ulama adalah melatih bayi untuk makan dan menguatkannya. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 15/390).
Anas bin Malik menceritakan, aku telah membawa Abdullah bin Abi Talhah ketika beliau
dilahirkan kepada Rasulullah s.a.w. ketika baginda memakai jubah (aba’ah) sambil menginaikan untanya. Lantas baginda bertanya : “Adakah kamu mempunyai buah tamar?” Aku menjawab, ya.Lalu aku menghulurkan beberapa biji buah tamar, dan Rasulullah s.a.w. memasukkan ke dalam mulutnya. Lalu baginda mengunyahnya kemudian membuka mulut baginda dan mengeluarkan semula tamar yang dikunyah dan diletakkan ke mulut bayi itu. Lantaran itu bayi tersebut menggerakkan lidahnya meghisap tamar tersebut. Kemudian baginda menyebut : “Yang disukai orang ansar ialah tamar dan namakannya dengan nama Abdullah”. (HR Muslim 3995, Lihat al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 7/269). Hadis ini menunjukkan sunnah tahnik bayi yang baru dilahirkan dan ia adalah sunnah sebagaimana ijmak ulama. Ia juga menunjukkan afdal melakukan tahnik dengan buah tamar
Bilakah sunat dilakukan tahnik? Adakah sebaik sahaja kelahiran atau perlu menunggu hari ketujuh?. Al-Bukhari membuat satu bab khusus dalam kitab sahihnya iaitu “Bab menamakan bayi dan mengtahniknya petang kelahirannya sekalipun belum dilakukan akikah”. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 15/390). Bermakna sekiranya bayi tersebut lahir pada pertengahan siang hari, tahnik boleh dilakukan selepas waktu tengahari pada hari kelahirannya. Ini yang dapat difahami melalui bab yang dibuat oleh al-Bukhari. Disebutkan dalam al-Majmuk, bahawa sunnah melakukan tanhik dengan tamar kepada bayi ketika dilahirkan. Maksudnya hari kelahiran (al-Nawawi, al-Majmuk 8/443). Bahkan tujuan atau hikmah tahnik sebagaimana disebut ulama ialah bertujuan untuk melatih bayi makan atau minum. Oleh itu, ia perlu disegerakan pada hari kelahirannya dan tidak perlu ditangguhkan sehingga hari ke tujuh sebagaimana yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Melayu di sini.
Dalam negara kita, kebiasaanya orang awam suka meminta tolong para ustaz atau alim ulama melakukan tahnik kepada anaknya. Mereka mungkin menganggap ini adalah satu sunnah atau mungkin kerana mereka inginkan keberkatan ustaz tersebut. Suka saya kemukakan di sini, bahawa apa yang dilakukan oleh para sahabat dengan membawa anak mereka berjumpa Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah melakukan tahnik kepada bayi tersebut adalah suatu perkara yang mulia. Ini kerana Rasulullah s.a.w. mempunyai keberkatan pada diri atau zat baginda. Manakala selain daripada Rasulullah s.a.w. berlaku khilaf di kalangan ulama. Pendapat yang agak kuat lebih cenderung kepada keberkatan zat hanya ada pada para nabi dan rasulalaihimussolatuwassalam.
Ya, ada nas-nas daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang juga menunjukkan bahawa wujud benda-benda yang diturunkan keberkatan oleh Allah kepadanya. Sama ada tempat, masa atau makhluk-makhluk dari kalangan manusia. Sheikh Soleh bin Abdul Aziz (Lihat al-Tamhid, hlm 125-127) menjelaskan, berkat yang dijadikan oleh Allah ada dua bahagian : i. Berkat pada tempat atau masa. Seperti Allah Taala memberkati Baitillahilharam dan memberkati kawasan sekeliling Masjidil Aqsa. Maksud berkat di sini adalah dari segi makna dalaman, iaitu ada kebaikan yang banyak dan berkekalan di dalamnya. Dengan kata lain, keberkatannya adalah untuk tujuan beribadat padanya. Begitu juga keberkatan pada masa atau waktu. Allah memberkati bulan Ramadan dengan makna barangsiapa yang melaksanakan ibadat setulusnya dalam bulan ini, nescaya akan mencapai kebaikan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda. ii. Berkat pada manusia. Iaitu berkat yang dijadikan Allah pada diri orang-orang mukmin. Dimulai oleh berkat pada diri Rasulullah s.a.w. dan para nabi serta rasul-rasul alaihimussalam. Berkat mereka adalah berkat pada zat, iaitu jasad dan tubuh mereka adalah berkat. Manakala selain daripada mereka, keberkatan orang yang beriman bukan pada zat mereka. Berkat pada mereka merujuk kepada berkat amalan, keimanan, ilmu dan dakwah mereka.
Dalam masalah tahnik, seeloknya bapa atau ibu atau ahli kelaurganya yang lain seperti datuk atau nenek kepada bayi itu sendiri yang melakukan tahnik. Adapun jika seseorang ingin juga meminta para ustaz atau ulama melakukan tahnik kepada bayinya, nasihat saya janganlah sampai menganggap kerana zat air liur atau tangan ustaz tersebut boleh membawa berkat kepada anaknya. Sekalipun ada ulama yang mengatakan sunat diminta kepada orang alim atau soleh melakukan tahnik untuk anak kita (Lihat al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 1/462), namun perkara tersebut ditolak oleh ulama lain. Al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis Anas bin Malik di atas menyebut beberapa pengajaran hadis tersebut. Antaranya beliau menggariskan sunat dilakukan tahnik oleh orang soleh lelaki atau wanita dan boleh tabarruk dengan kesan-kesan orang soleh. (al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 7/269).
Tetapi jika kita melihat hadis-hadis atau athar para sahabat, selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. tiada satu pun cerita yang diriwayatkan mengisahkan orang ramai berjumpa para sahabat besar seperti Abu Bakr, Umar, Uhtman, Ali dan lain-lain untuk meminta mereka melakukan tahnik kepada bayi-bayi yang baru dilahirkan. Ini jelas membuktikan bahawa perbuatan meminta orang-orang soleh atau alim ulama melakukan tahnik tidak dilakukan oleh para al-salaf al-soleh. Justeru,bapa atau ibu kepada bayi tersebut boleh melakukan sunnah tahnik sendiri tanpa perlu pergi mencari ustaz-ustaz untuk melakukannya.
Selain itu, perkara lain yang ingin dikongsi bersama ialah berkaitan melakukan tahnik dengan menggunakan air zam-zam. Dalam hadis-hadis, kesemuanya menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. hanya menguyah buah tamar apabila melakukan tahnik. Apakah terdapat dalil yang mengharuskan kita menggunakan air zam-zam ketika tahnik. Dalam kitab Akhbar Makkah karangan al-Fakihi, beliau membawa satu athar yang mursal daripada Ata’ bahawa Habib berkata kepada Ata’, aku perlu membawa air zam-zam? Jawab Ata’ : Ya, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. membawa air zam-zam dalam botol lalu mengtahnikkan Hasan dan Husain dengannya menggunakan tamar ajwah. (al-Fakihi, Akhbar Makkah 3/198). Walaupun hadis ini mursal, namun ia masih disokong oleh dalil-dalil umum yang menjelaskan kewajaran mengambil berkat dengan air zam-zam, atau berubat dengannya. Maka bagi penulis, tidak menjadi kesalahan menggunakan air zam-zam untuk melakukan tahnik.
Ini adalah beberapa perkara penting yang perlu diketahui oleh orang ramai berkaitan sunnah tahnik. Mudah-mudahan sunnah yang kita lakukan dengan niat ikhlas mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t. Amin
Friday, June 26, 2009
Birthday Ammar



Friday, June 19, 2009
Ammar is 1 today!

Wednesday, June 17, 2009
Abe sayang order cloth diapers?
dek terlalu sibuk layan customer yg tanya pasal cloth diapers (cd)..
Tuesday, June 16, 2009
Special Entry for Ammar - Tahnik
Alhamdulillah, ammar berpeluang untuk bertahnik di darushifa 3hari selepas dilahirkan dgn ustaz Rashid di darussyifa Bangi. dekat je dgn rumah.. ok...aku quote entry aku kt fp dulu...kalau ada masa nanit aku upload video okey..Kebetulan masa umur 26hari, sekali lagi ke darussyifa untuk berjumpa dgn Dato' Dr. Haron Din untuk rawatan urine infection Ammar. Sekali lagi, tahnik dilakukan oleh Dato'. masa tu tak prepare apa pun. Nasib baik ustazah siti (kalau xsilap) tanya nak buat tahnik ke? apa lagik..mmg nak la..sebelum tupun ada baby girl yg buat tahnik, jadik pinjam barang2 baby tu je lah...hehe ada jodoh pe ngan ammar..kekkekekeHari ke 3(sabtu) ni jugak pakcik Ammar tolongambikkan nombor kt darussyifa untuk Tahnik
[b]Tahnik biasanya dilakukan selepas baby lahir...
dengan memberi baby buah kurma
yg dah dilecekkan ke atas lelangitnya...
selalunya dilakukan oleh orang alim ulama...
Memang masa mengandung lagik
dah prepare bahan-bahan untuk tahnik.
Kalau kat darussyifa, kita kena sediakan sedikitMadu, Kurma dan Air Zamzam.
petang sabtu tu, terus ke dasrussyifa
memang ramai sungguh kali ni
nombor pulak dah terlepas...
kena la tunggu turn untuk mencelah masuk
last2 sampai ke solat asar...
terusje tunggu kt surau atas..

Nasib baik Ammar tidur jee....tak nangis2.
org Azan Asar pun dier duk diam tidur..ada aircond...suka la dier
selepas solat asar berjemaah...
kitorang terus jumpa ustaz rashid (yang masuk dlm rancangan al kuliyyahtu..
pasal perubatan cara islam)
Ustaz memulakan dengan meletakkan kurma+air zamzam
ke atas lelangit ammar...ermm sedap dier nyot2 dan
kemudian madu+airzam zam..
(tapi..gambaq takde lak nak tunjuk.
cuma ambik video je time tu..)
kebetulan ramai pulak yg tengok upacara tahnik
dan ramai lah yg mengangkat tangan dan mendoakan Ammar
moga-moga Ammar Aqlan akan menjadi anak yang soleh..amin......

Special Entry for Ammar - Ammar lahir

Alhamdulillah..cahaya mata pertama kami telah selamat lahir
pada 19 Jun 2008 jam 6.33 ptg dengan berat 3.25kg, tinggi 52cm.
Tarikh 19jun tu sememangnya due date Ammar.
Belum ada tanda2 nak bersalin sampaila ke due date.
Bila gi check up kt KPMC, dokte bgtau
"dah buka 2cm ni, kalau nak admit skrg boleh bersalin ptg nanti"...
fuh..mcm senangje bersalin.
Dah kita ni takde rasa sakit2 lagik..
hatini meronta-ronta la nak masuk timetu gak....
tak mo dah tunggu-tunggu.
satgi, baby dlm perut pun makin besar, risiko pun makin tinggi.
time check up tu mmg tak prepare apa2 pun.
Balik rumah dulu, makan, mandi sumer....
pastu minum air rendaman bunga pakma....
ada org panggil bunga kacip fatimah..
mak mentua yg bagi untuk memudahkan bersalin.
Dalam pukul 12.30 masuk wad.
Makan nasik ayam lagik....laayaannn je laaa...

kul 1 lebih tuu nurse dah cucuk masuk air
dan ubat sambil monitor heartbeat baby guna machine.
Patient kat sebelah pulak dok mengerang kesakitan....
dalam hati ni bimbang..
teruk noo kee contraction nii... sampai camtu sekali...
yang aku ni takde rasa apa-apa lagik...
sampaila bukaan 4cm, barula terasa menyengat2.
dari tadik duk relax boleh gelak2..
skrg dah terbaring sambil dahi berkerut2.
mulut terkumat kamit dengan zikrullah.
Pasal patient sebelah tadi, rupanya dia keguguran...
patutla teruk sangat die..first baby.
ermm kesian kat dier..
kita ni bersyukur la baby semua ok.
Okla sambung balik tadik...
bila sampai 6cm warghhh...
baru tauu rasa camne sakit sebelum bersalin..hehee....
nurse dah nak bagi injection tahan sakit..
aku menolak..
sbb boleh tahan lagik..
yelah...sakit nya datang dlm 5 minit sekali..
dan kemudian makin kerap

Last2...masuk labour room dlm kul 4.15ptg..
asben pun boleh masuk sekali...lega rasanya...
barula ada kekuatan bila ada suami di sisi...
nak dipendekkan cerita..hehe..
nak dekat 2 jam jugak nak deliver Ammar ni.
apa taknye tepaksa guna vacum,
kemudian forcep.
ciann..Ammar..
ali pusat terbelit last minit...kepala lak mendongak bila keluar...
so, sapa yg dah ada
pengalaman baby keluar mendongak tu faham2 la kan..hehe
Bila dengar je suara baby nangis...kuat giler... aku rasa lega..
.Asben aku dah mengalir dah air mata dier..
aku ni duk tercengang-cengang...mcm tak percaya...
Tapi, bila asben aku kuar gi solat Magrib,
barula mengalir air mata aku...
hehe lama gile rest dlm labour room kan...
lepas bersalin tuu dier tak bg pun tengok baby
sbb nak bg aku rest katanya.
Malam tu baru laa aku dapat jumpa Ammar,
itupun aku yg mintak....
yelah, tak tentu hala la aku baby takde depan mata.
Malam tu mmg tak boleh tidur.
asalkan dengar baby nangis je aku gelisah(depan bilik aku tu nursery)..
time ni laa kena baca ayat2
yg aku hafal terutama ayat kursi..
untuk kuatkan semangat.

Esoknya, aku request lagik kat nurse nak jumpa Ammar.
Aku nak bg susu badan.
Tapi, rupanya nurse kt situ dah bg susu botol kt dier..
patutla dier tidur nyenyak giler..
Apapun aku tetap gak try bagi sampai la dier nangis2...
last2 nurse tu ambik balik AMmar.
katanya, dier tak cukup susu tuu....
Adei..sedih nyee aku time tuu bile kena
bg Ammar kat nurse tu untuk bagi susu botol.
Ptg tu dah boleh balik rumah,
selepas dier dah boleh kencing dan berak.
lega rasanya..
Alhamdulillah, akhirnya kami dikurniakan anak lelaki yg sihat dan comel.

Monday, June 15, 2009
Kemas Blog
Tuesday, May 5, 2009
Wednesday, April 29, 2009
Swine Influenza (Selsema Babi) : PENCEGAHAN adalah yang terbaik untuk menghalang kita dari mendapat selsema babi
Subject: Swine Influenza (Selsema Babi) : PENCEGAHAN adalah yang terbaik untuk menghalang kita dari mendapat selsema babi
Dear All,
Wabak selsema babi semakin merebak dan kes disahkan atau disyaki dilapor di sekurang-kurangnya 18 buah negara termasuk Eropah dan Asia . Kematian meningkat kepada 152 semalam berbanding 149 kelmarin.
Mexico: 20 kematian akibat selsema babi disahkan. 132 mati disyaki akibat wabak sama. 1614 kes jangkitan disyaki.
Negara2 disahkan dijangkiti:
Britain: 2 kes disahkan
Kanada: 6 kes disahkan (4 kes disyaki)
Israel: 1 kes disahkan (1 kes disyaki)
New Zealand: 3 kes disahkan (63 kes disyaki)
Sepanyol: 1 kes (26 kes disyaki)
Amerika Syarikat: 44 kes
Thailand: 1 kes
Negara2 disyaki mempunyai wabak:
Australia: 70 kes
Chile: 8 kes
China: beberapa kes (tidak dinyatakan)
Colombia: 9 kes
Denmark: 5 kes
Perancis: 1kes
Hong Kong: 4 kes
Ireland: 3 kes
Jerman: 3 kes
Singapura: 2 kes
Korea Selatan: 1 kes
Sweden: 5 kes
Switzerland: 5 kes
Negara2 jiran yang berdekatan dengan kita yang telah dijangkiti adalah Thailand dan Singapura
Berikut adalah maklumat berkaitan Selsema Babi
Apakah “swine influenza” atau selsema babi”?
Swine influenza atau selsema babi sangat mudah berjangkit sesama babi dan menyebabkan penyakit paru-paru akut di kalangan haiwan ini. Jenis influenza yang kerap menjangkiti babi ialah virus Influenza A/H1N1, tetapi jenis yang lain seperti H1N2, H3N1 dan H3N2 turut berada di dalam badan babi. Virus ini berjangkit di kalangan babi melalui rembesan (aerosol) secara langsung (seperti melalui batuk dan bersin) dan secara tidak langsung (sentuhan pada permukaan tercemar seperti rumput/tanah yang dicemari cecair mengandungi virus ini seperti air kencing, najis, etc.) Ia juga boleh dibawa oleh babi telah terjangkit tetapi tidak sakit (tidak mempunyai simptom).
Apakah kesan virus influenza babi ini kepada manusia?
Walaupun influenza babi biasanya menyerang babi sahaja, namun turut menyebabkan penyakit di kalangan manusia.Manusia biasanya medapat jangkitan melalui sentuhan langsung kepada cecair badan babi yang sakit seperti rembesan air liur, air kencing dan najis babi. Bagi manusia, simptom-simptom jangkitan selsema babi adalah demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala, batuk, lemah badan dan rasa tidak selesa. Dalam kes-kes yang lebih serius, selsema babi boleh menyebabkan jangkitan paru-paru teruk yang dipanggil 'pneumonia' yang boleh membawa kepada kematian.
Jangkitan tidak terhad dari babi kepada manusia sahaja malah lebih teruk apabila ia boleh berjangkit dari manusia yang telah mendapat selsema babi kepada manusia lain yang berdekatan dengannya. Jangkitan manusia ke manusia berlaku secara langsung apabila rembesan cecair badan orang yang mendapat selsema babi seperti air liur semasa bercakap, cecair mulut dan hidung semasa batuk dan bersin terkena terus kepada orang2 disekeliling mereka. Atau secara tidak langsung apabila kita tersentuh permukaan seperti meja/tombol pintu/kertas tisu/tangan semasa bersalam yang telah tercemar dengan virus ini.
Adakah kita mempunyai imuniti terhadap selsema babi?
Kebanyakan manusia terutama yang tidak berurusan secara langsung dengan ternakan babi, tidak mempunyai sebarang imuniti terhadap selsema babi. Jadi, kita mudah dijangkiti selsema ini jika kita berurusan atau berdekatan dengan mereka yang telah dijangkiti. Jika berlakunya jangkitan selsema babi sesama manusia, kes akan merebak dengan cepat hingga menyebabkanpandemik atau wabak penyakit influenza virus yang teruk. Ia mungkin melibatkan ramai manusia seluruh dunia mendapat penyakit ini. Kematian akibat kegagalan paru-paru juga akan meningkat.
Adakah vaksin influenza mampu menghalang jangkitan?
Sehingga kini belum mempunyai vaksin khas untuk melindungi manusia dari jangkitan virus selsema babi. Juga tidak diketahui samada vaksin influenza yang diberikan pada manusia sekarang ini mampu memberi sebarang perlindungan.
FASA AMARAN JANGKITAN INFLUENZA seperti SELSEMA BABI:
Ada 6 FASA AMARAN (1 hingga 6) bagi jangkitan influenza.
Fasa 1 - 2 : berlaku jangkitan di kalangan haiwan sahaja
Fasa 3 : Jangkitan berlaku dari haiwan kepada manusia
Fasa 4 - 6 : Jangkitan berlaku dari manusia kepada manusia. Wabak besar (pandemik) berlaku menyebabkan banyak manusia yang sakit dan mati.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan FASA AMARAN ADALAH FASA 4 kerana banyak jangkitan sesama manusia telah dan sedang berlaku. Langkah berjaga2 perlu diambil untuk mengelakkan lebih ramai yang terkena selsema babi.
Oleh itu, PENCEGAHAN ADALAH YANG TERBAIK BAGI MENGELAKKAN KITA MENDAPAT SELSEMA BABI.
Untuk menghalang jangkitan, kita perlu melakukan perkara2 berikut:
1. Elakkan dari berada berdekatan dengan mereka yang kelihatan tidak sihat, mempunyai demam dan batuk.
2. Basuh tangan dengan air serta sabun secara kerap dan menyeluruh terutama sekali jika selepas batuk dan bersin (menggunakan tangan untuk menutup mulut) serta selepas berdekatan/bersalaman dengan orang yang tidak sihat (virus selsema babi dan influenza yang lain akan mati dengan sabun dan bahan pembersih).
3. Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin dengan kertas tisu dan terus buang tisu tersebut ke dalam tong sampah (jangan ditinggalkan di atas meja)
4. Amalkan tabiat kesihatan yang baik seperti cukup tidur, makan makanan berkhasiat dan senaman untuk meningkatkan/memperkuatkan sistem pertahanan badan.
5. Jika sakit (demam, selsema, batuk, etc.), dapatkan rawatan doktor secepat mungkin dan tinggal di rumah. Elakkan pergi ke tempat kerja dan tempat2 yang ramai dikunjungi orang seperti kompleks membeli belah, taman permainan, kedal makan dll. Rehat secukupnya dan minum air dengan banyak. Pakai penutup mulut (face mask) jika di khalayak ramai.
6. Beritahu keluarga/rakan2/teman sekerja yang anda tidak sihat serta minta mereka membantu anda untuk tugas2 yang memerlukan anda berjumpa orangramai seperti membeli-belah (perlu diingatkan bahawa orang yang sakit mempunyai imuniti badaan yang rendah dan senang dijangkiti oleh selsema babi atau penyaki2 lain)
7. Pastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan cuci menggunakan bahan2 pembersih
8. Jika anda ingin mengunjungi negara2 yang telah mempunyai kes selsema babi, dapatkan nasihat doktor, ketahui keadaan kes di tempat yang akan anda kunjungi. Perlu berhati-hati jika kes semakin meningkat. Sehingga kita CDC/WHO/Kementerian Kesihatan/PETRONAS belum mengeluarkan sebarang larangan untuk melawat negara2 yang mendapat jangkitan tetapi elokkan dielakkan buat sementara waktu jika lawatan tersebut tidak/kurang penting.
9. Ketahui perkembangan terkini dengan membaca suratkhabar atau laman web Kementerian Kesihatan/WHO/CDC
Pada 23 November 2008, POD/PGB telah menjalankan Latihan Persediaan Kecemasan Pandemik Selsema Burung (Avian Influenza Emergency Preparedness Exercise). Latihan persediaan tersebut juga bersesuaian dengan persediaan kepada Kecemasan Selsema Babi (Swine Influenza) yang sedang berlaku sekarang kerana kesan wabak kedua-dua jenis selsema ini adalah sama.
(Sumber: WHO, CDC dan Kementerian Kesihatan)
Dr Norsayani MY (bagi pihak HSE PGB).
Wednesday, April 22, 2009
Tuesday, April 21, 2009
Ammar dah 10 Bulan!!
Ammar dah 10 bulan....
Elok2 ngam birthday yg 10bulan...suhu badan dier panas sikit...tak mcm biasa
cuma 37.1'C
tgh hari dan malam aku bg juga ubat demam...tangan dier suam2 gituu
masih lagi mamam antibiotik trimethoprim (bactrim)..hehe aku pun cam dah hafal dah nama ubat die ni..expired setiap 30 hari sb ubat ni tiada bahan pengawet...ermm bagus untuk kanak2 bawah setahun mcm Ammar....
Kemahiran Ammar yang paling membanggakan..
1. yee ammar pandai dah menyelinap masuk ke bawah baby cot die...terutama ada benda yg menarik perhatian die cmm phone tuuu


dengan jayanyaaa!!!

2. pandai dah kenyit2 mata....tanpa disuruh...kalau disuruh kenyit mata die takmo buat...so, ikut mood dier nak wat ke tak

7. pandai membaling objek...segala mcm mainan yg dah boring selepas 30minit membelek, dier akan terusje baling....


Keistimewaan paling cute!


5. Mendengar org cerita dgn penuh perasaan...terutamanya bila anyah (mak sedara ammar) datang citer pasal keje dier....tetiba je duk meniarap depan anyah (sambil goyang2 kaki) muka ngadap kat anyah.... tak jadik dah anyah citer
tengok tuuu dier pandai carik kan.......

ni muka die kalau tengah belek buku2 kesukaannye....sambil mulut mcm baca2 la...
Friday, April 17, 2009
Dina dan Google: Switch to Google Chrome Now!

http://www.google.com/googlebooks/chrome/small_00.html
Ammar dan kecederaan mulut
